web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Tempelak Pihak Dakwa Kerajaan Gagal Urus Ekonomi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:41PM

Anwar Ibrahim berkata hanya satu indikator ekonomi iaitu nilai ringgit yang jatuh dijadikan sebagai ukuran oleh pihak-pihak tertentu untuk mengatakan bahawa kerajaan gagal menguruskan ekonomi - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak-pihak tertentu yang mendakwa Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau gagal menguruskan ekonomi negara setelah mengambil alih kerajaan sejak lapan bulan lepas.

Beliau berkata beberapa indikator ekonomi menunjukkan sebaliknya termasuk kadar pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus yang dicatat pada suku pertama tahun ini iaitu lebih tinggi berbanding China, Singapura dan Indonesia.

“Fakta nombor dua, kadar pengangguran turun (cuma) masalahnya (terdapat) sedikit pengangguran dalam kalangan belia termasuk graduan tetapi kadar pengangguran lebih baik daripada semasa kerajaan Perikatan Nasional.

“Fakta yang ketiga, pelaburan suku tahun pertama (tahun ini) yang masuk RM71 bilion, ini bukan soal menandatangani semata-mata... tidak, saya pergi negara China, yang bagi aku janji untuk bersama-sama melabur RM170 bilion, antara yang terbesar dalam sejarah untuk Malaysia ini,” katanya semasa program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia hari ini.

Perdana Menteri berkata selain itu, kadar inflasi menurun dan berada pada kadar 2.8 peratus sekali gus membantu mengawal kenaikan harga barang walaupun beberapa indeks harga masih tinggi.

Beliau berkata hanya satu indikator ekonomi iaitu nilai ringgit yang jatuh dijadikan sebagai ukuran oleh pihak-pihak tertentu untuk mengatakan bahawa kerajaan gagal menguruskan ekonomi.

“Tapi orang yang belah sana bising, masa dia (memerintah) ringgit kuat ke? Masa dia ringgit lagi teruk berbanding sekarang, tetapi dia tak sebut.

“Faktor ekonomi ini ada berapa? Pertumbuhan, pengangguran, inflasi, pelaburan dan ringgit, ada lima. Kalau kita cemerlang empat (faktor), satu itu kita baikilah perlahan-lahan. Masa kamu dulu, kamu rosak empat faktor itu termasuk ringgit,” katanya.

Anwar juga berkata sebagai Menteri Kewangan, beliau tidak pernah mengetepikan peranan Kerajaan Negeri khususnya di bawah pemerintahan pembangkang dalam soal pembangunan ekonomi.

“Kerajaan negeri jika sehaluan (dengan Kerajaan Persekutuan) maka lebih senang, apatah lagi jika pimpinannya sopan dan bijak dalam menjaga hubungan, maka itu akan lebih membantu.

“Contohnya Kedah, yang tertinggi pelaburan itu adalah di Taman Teknologi Tinggi Kulim yang hampir keseluruhan pelaburan dibawa kepadanya dibantu Kerajaan Persekutuan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad