web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air: Pusat Kawalan Operasi SAR Dipindahkan Ke BBP Cheneh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:41PM

Operasi pusat kawalan SAR di BBP Cheneh juga akan dibantu BBP Chukai dengan pengecilan skala pencarian mulai esok - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Pusat kawalan operasi di Balai Polis Air Putih bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di sini dipindahkan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh, hari ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan II, Azman Alias, berkata operasi pusat kawalan SAR di BBP Cheneh juga akan dibantu BBP Chukai dengan pengecilan skala pencarian mulai esok. 

"Kita dah masuk hari ketujuh SAR tetapi belum menemui apa-apa petunjuk keberadaan mangsa ke-10 iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14. 

"Kita merancang untuk tindakan selanjutnya dengan skala pencarian diperkecilkan di peringkat BBP Cheneh dan BBP Chukai. Penglibatan agensi penyelamat yang lain untuk operasi SAR seterusnya bergantung kepada pentadbiran agensi masing-masing," katanya ketika ditemui media di sini, hari ini. 

Beliau berkata skop pencarian seterusnya akan dibuat secara pemantauan dan pencarian harian dari semasa ke semasa oleh kedua-dua BBP terlibat di bawah seliaan Balai Polis Air Putih.

Azman berkata usaha pencarian seterusnya masih kekal di sektor sedia ada dan perancangan serta kaedah pencarian diserahkan sepenuhnya atas penilaian BBP masing-masing.

"Pasukan penyelamat akan bertindak berdasarkan petunjuk baharu kedudukan mangsa termasuk kaedah selaman dari semasa ke semasa," katanya sambil memaklumkan operasi hari ini ditangguhkan pada jam 6 petang. 

Pada masa sama, Azman memaklumkan Pusat Kawalan Hadapan JBPM di Kampung Seberang Tayor di sektor B dan Jeti Awam Kampung Pasir Minal di sektor C pula ditutup sepenuhnya. 

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan mengumumkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Kawalan Operasi berkenaan telah ditutup pada Rabu lalu.

Memasuki hari ketujuh operasi SAR, Putri Nor Fatin adalah satu-satunya daripada 10 mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, di sini yang belum dijumpai. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad