web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Sensasikan Isu Kekecohan Di KLIA - Azam Baki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:41PM

Azam Baki berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai kes itu, yang kini memasuki hari keenam siasatan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menasihati pengamal media agar tidak mensensasikan siasatan berhubung isu kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ia merujuk kepada satu laporan media tempatan hari ini yang mendakwa tiada elemen rasuah dalam siasatan kes terbabit.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai kes itu, yang kini memasuki hari keenam siasatan.

"Pihak media diharap tidak mensensasikan (isu kekecohan di KLIA) dengan memetik sumber tidak berkenaan… Ini (membuat kesimpulan kes) terlalu awal kerana (SPRM) baharu sahaja memulakan siasatan, terdapat saksi-saksi yang perlu kita panggil dan kumpulkan keterangan.

"Kita mahukan siasatan terperinci dan akhir nanti apabila selesai, kita akan kemukakan kepada pihak Pendakwa Raya atau Peguam Negara… di situ baru boleh tentukan ada kes atau elemen (rasuah) atau sebaliknya,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, media melaporkan kekecohan telah berlaku di KLIA melibatkan orang kenamaan yang dikatakan cuba ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke Malaysia sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan.

Rabu lepas, Azam berkata pihaknya sudah merakam keterangan 14 individu termasuk dua wanita warga China serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, lapan pegawai Jabatan Imigresen dan beberapa saksi lain.

Beliau juga berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang bertanggungjawab menguruskan warga asing yang dikenakan perintah Not-To-Land (NTL).

"Kita mahu tahu pelaksanaan dalam mengendalikan NTL ini oleh mana-mana pihak yang telah diberi kebenaran,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad