web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sistem Kuota Melayu, Bumiputera Dalam Pendidikan Dikekalkan - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 5:59PM

Anwar Ibrahim berkata jika sistem itu tidak dikekalkan ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan atau ‘tempang’ jumlah pelajar Melayu di IPT termasuk dalam jurusan tertentu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINTOK -  Sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika sistem itu tidak dikekalkan ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan atau ‘tempang’ jumlah pelajar Melayu di IPT termasuk dalam jurusan tertentu.

“Beberapa prinsip dalam Perlembagaan negara tentang jaminan, peluang supaya anak-anak Melayu dan Bumiputera itu diberikan tempat yang mampu bersaing, ini kita kekalkan,” katanya semasa menjawab soalan seorang pelajar semasa program Temu Anwar Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

“Kalau tidak… kita akan lihat kesenjangan berlaku, seperti yang berlaku di Universiti Malaya pada tahun 1970-an, 1960-an. Fakulti Kejuruteraan - anak Melayu zero, kalau masuk koyak, fakulti perubatan 12 peratus.

“Jadi ada usaha oleh Allahyarham Ungku Aziz (Profesor Diraja) dan kementerian berkaitan pada masa itu untuk membantu anak-anak Melayu supaya boleh bersaing,” katanya semasa bagi menjawab soalan seorang pelajar berkenaan sistem kuota dan meritokrasi dalam sistem pendidikan negara ketika ini.

Perdana Menteri berkata walaupun sistem itu dikekalkan, ia tidak bermakna sistem meritokrasi dimatikan, dan jika ada pelajar dari kalangan anak-anak bukan Melayu dan Bumiputera yang cemerlang, kerajaan perlu mencari kaedah untuk memberikan mereka peluang dan tidak disisihkan.

“Program kuota ini saya setuju kekalkan, tetapi kita kena cari jalur lain untuk memberi ruang kepada anak-anak bukan Melayu, bukan Bumiputera yang pintar, yang keputusannya baik supaya jangan nampak tersisih,” katanya.

Anwar menegaskan sekiranya kerajaan mengambil tindakan mengetepikan dasar kuota itu, ia akan menimbulkan ketegangan dan akan dijadikan sebagai isu dalam politik oleh pihak tertentu.

Menurut Perdana Menteri lagi, beliau telah menyampaikan arahan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek agar sistem itu dikekalkan, dan dalam masa sama membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik agar mereka dibantu untuk melanjutkan pengajian.

Sementara itu Anwar berkata Malaysia merupakan antara negara yang terbaik layanannya kepada kumpulan minoriti, walaupun mengakui ada perkara-perkara yang boleh diperbaiki dalam soal itu.

“Ada negara lain yang minoriti umat Islam langsung tidak mendapat tempat, tapi jangan itu kita jadikan sebagai contoh, kalau itu dijadikan contoh kita pun lembab macam dia, lemah macam dia, zalim macam dia,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad