Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Raja Permaisuri Agong Titah PPPM Teroka Peluang Perniagaan Bahan Kitar Semula

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 3:33PM

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (dua, kanan) bersama Tengku Permaisuri Norashikin (tiga, kiri) berkenan melawat ke tapak pameran kraf tangan selepas Majlis Perasmian Program Plastics Buster Beach-River-Park Clean Up Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Stadium Tertutup Kuala Selangor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini bertitah agar Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) meneroka peluang perniagaan baharu termasuklah daripada bahan kitar semula.

Tunku Azizah yang juga Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertitah bahawa botol plastik mampu dikitar semula dan boleh dijadikan bahan dalam menghasilkan beg, kusyen serta selimut.

“Pada Mei tahun lepas saya telah ke Chelsea Flower Show (di England) dan saya amat kagum apabila memasuki satu reruai. Cantik tenunan dan hamparan beg, kusyen, selimut (yang dihasilkan daripada botol plastik).

“Yang saya nak kongsi mereka di England mengambil semua botol plastik lalu dicairkan bersama hampas padi di India menjadi benang serta ditenun untuk membuat karpet, beg dan selimut,” titah Tunku Azizah.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Program ‘Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up Peringkat Kebangsaan 2023’ di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini melibatkan 1,000 peserta selain ia turut dilaksanakan serentak di seluruh negara hari ini.  

Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin merangkap Penaung Diraja PPPM Cawangan Selangor.

Turut hadir Yang Dipertua PPPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tunku Azizah bertitah program dan aktiviti pembersihan alam sekitar khususnya kawasan pantai yang dilaksanakan hari ini mampu menanam kesedaran pada semua peringkat masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 

“Ini bagi menanam semangat sayangkan alam sekitar kerana kita di Malaysia ini suka buang sampah dalam sungai, jadi ia akan masuk ke laut. Sebanyak mana duit ada dalam dunia, kita tidak boleh membuat pantai. Jika kita hapuskan pantai, kita tidak boleh membuatnya semula kerana itu adalah alam semula jadi yang kita harus jaga.

“Jadi kita kena didik semua orang di sini. Kita sekarang ada banyak tong sampah khas (tong sampah kitar semula). Sudah tiba masanya anak-anak faham apa yang terjadi di pantai. Apa yang terjadi sekiranya kita buang plastik begitu sahaja,” titah Seri Paduka Baginda.

Tunku Azizah bertitah program itu juga akan meningkatkan kebertanggungjawapan semua pihak termasuk daripada kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan dalam memelihara serta memulihara perairan dan pantai di samping dapat mewujudkan persekitaran yang bersih ceria malah selamat untuk dikunjungi. - Bernama

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 5 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja