web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Galeri Rumah Lat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 3:32PM

Sultan Nazrin Shah berkenan melawat Galeri Rumah Lat selepas perasmian hari ini. Turut kelihatan, kartunis terulung negara, Lat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Setelah tertangguh beberapa tahun, akhirnya Galeri Rumah Lat dirasmikan dalam majlis penuh bermakna di sini, hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke perasmian galeri kartunis terulung negara Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd Nor Khalid.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Ketibaan baginda berdua pada kira-kira 10 pagi disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan Lat.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah, Lembaga Muzium Negeri Perak dan barisan exco kerajaan negeri.

Sultan Nazrin kemudian berkenan melakukan gimik perasmian dan menandatangani plak perasmian sebelum melakukan lawatan ke Galeri Rumah Lat.

Terdahulu, Saarani dalam sembah ucapannya berkata kos pembangunan Galeri Rumah Lat dibiayai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berjumlah RM3.81 juta dan siap sepenuhnya pada Januari 2022.

"Kerja-kerja pengisian pameran pula disiapkan pada 30 Jun lepas dengan kos bernilai RM700,000 dengan pembiayaan menggunakan wang sumbangan kementerian.

"Kerajaan negeri pula bertindak menampung seluruh kos operasi galeri dari segi fizikal, selanggara dan perjawatan," katanya.

Beliau berkata pembinaan galeri itu adalah sejajar dengan Sasaran Agenda Perak Sejahtera 2030 yang antara lainnya menekankan Sejahtera Sosial bagi memupuk dan mengekalkan Seni Budaya dan Warisan.

"Usaha Kerajaan Negeri mengangkat usaha-usaha kreatif anak-anak kelahiran Perak akan menghasilkan ramai lagi tokoh-tokoh dalam bidang berkaitan pada masa akan datang.

"Seterusnya Sasaran Agenda Perak Sejahtera 2030, melalui tujahan Sejahtera Sosial dalam memupuk dan mengekalkan Seni Budaya dan Warisan dapat dijayakan, yang akhirnya kesejahteraan tersebut dinikmati oleh seluruh rakyat jelata," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad