web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air: Pencarian Mangsa Terakhir Fokus Di Sektor A

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 12:04PM

Pencarian termasuk di kawasan timbunan kayu yang baru wujud ekoran perubahan cuaca dan hujan dari semasa ke semasa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Air Putih, Putri Nor Fatin Karim, 14, diteruskan hari ini dengan penumpuan di sektor A kawasan pencarian.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Penguasa Kanan II Azman Alias berkata pencarian di sektor B dan C turut akan dilakukan, namun dengan skala yang lebih kecil. 

"Kaedah pencarian tertumpu di lokasi-lokasi yang kita sudah kenal pasti semalam, di tempat mangsa-mangsa sebelum ini dijumpai dan kita akan lebihkan pencarian di kawasan berhampiran. 

"Susulan pemantauan semalam, kami dapati banyak beting baru yang wujud di jeram dan kawasan tersebut akan digali serta pencarian dibantu empat anjing pengesan K9," katanya yang ditemui di sini hari ini. 

Azman berkata operasi melibatkan 250 anggota pada hari ini juga akan melakukan pencarian semula secara terperinci di kawasan yang dicakupi sebelum ini. 

"Pencarian termasuk di kawasan timbunan kayu yang baru wujud ekoran perubahan cuaca dan hujan dari semasa ke semasa,” katanya. 

Jenazah sembilan mangsa yang ditemukan susulan tragedi kepala air di jeram berkenaan pada Sabtu lepas telah selamat dikebumikan iaitu lapan di Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pada Selasa dan Rabu, manakala seorang lagi dikebumikan pada 7 pagi tadi di Batu Pahat, Johor. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad