Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air: Jenazah Muhammad Fikri Selamat Dikebumi

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 12:15PM

Jenazah Muhammad Fikri Saliman, mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, Sabtu lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Semerah pagi ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Jenazah Muhammad Fikri Saliman, mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, Sabtu lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Semerah, di sini, pagi ini.

Jenazah selamat dikebumikan pada 7 pagi dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan Allahyarham.

Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Seri Pengkalan, di sini, pada 4 pagi tadi.

Jenazah Muhammad Fikri terlebih dahulu dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu sebelum dibawa ke Batu Pahat, kira-kira 10.30 malam tadi.

Sementara itu, abang mangsa Shahrizal Saliman, 40, menzahirkan rasa syukur dengan penemuan mayat adik bongsunya itu.

"Alhamdulillah, selamat... tiada masalah dan dengan izin Allah, semua lancar. Saya rasa bersyukur sangat, dapat jumpa, dapat selesaikan jenazah dengan selamat dan sempurna," katanya dan menambah berita penemuan mayat adiknya diterima oleh semua ahli keluarga dalam keadaan tenang.

Mengulas lanjut, Shahrizal berkata Allahyarham Muhammad Fikri, 24, sebelum ini melakukan dua tiga kerja bagi mencapai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga, hujung tahun ini.

"Kursus kahwin semua dah siap, dia rancang memang hujung tahun tetapi hasratnya tidak tercapai, ini semua kuasa Allah, Allah dah tentukan.

"Dia memang semangat, sebelum bertunang dia memang dah kumpul (duit), dia kerja keras nak kumpul duit," katanya lagi.

Muhammad Fikri, yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik adalah tunang kepada seorang daripada mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.

Mayat Muhammad Fikri ditemukan pada 9.20 pagi semalam, sekali gus menjadikan sembilan mayat dijumpai setakat ini manakala seorang lagi mangsa masih hilang iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14.

Pada kejadian Sabtu lepas, Muhammad Fikri berserta tunang dan lapan ahli keluarganya dipercayai dihanyutkan kepala air akibat hujan lebat di jeram berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17 Pada 20 Julai

Politik 18 jam yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion