web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keadaan Penyakit Berkaitan NCD Antara Punca Utama Kematian Ibu Bersalin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:33AM

Satu kajian yang dijalankan dari 2019 hingga 2021 merekodkan kadar kematian ibu bersalin tertinggi bagi purata tiga tahun, kebanyakannya disebabkan oleh keadaan perubatan berkaitan NCD dan pendarahan selepas bersalin - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan berkaitan penyakit tidak berjangkit (NCD) dikenal pasti sebagai antara punca utama menyumbang kepada kadar kematian ibu bersalin di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata satu kajian yang dijalankan dari 2019 hingga 2021 merekodkan kadar kematian ibu bersalin tertinggi bagi purata tiga tahun, kebanyakannya disebabkan oleh keadaan perubatan berkaitan NCD dan pendarahan selepas bersalin.

“Antara ibu dengan keadaan perubatan berkaitan, lebih 50 peratus kematian adalah disebabkan oleh penyakit jantung.

“Selain itu, obesiti adalah faktor risiko utama dikenal pasti antara kematian ibu bersalin berpunca daripada salur darah paru-paru tersumbat selepas pembedahan Caesarean,” katanya pada Kongres Perubatan Malaysia-Singapura ke-56 sempena Kongres Antarabangsa MyWoman 2023, di sini semalam.

Dr Zaliha berkata bagi mengurangkan kadar kematian ibu bersalin, Kementerian Kesihatan telah memperkukuh Penjagaan Pra Kehamilan (PPK) dan penilaian risiko Thrombosis Vena Dalam (DVT) serta memberi preskripsi thromboprophylaxis kepada wanita hamil.

Selain itu, beliau berkata setakat Jun, 105,789 individu telah menjalani saringan kesihatan di fasiliti KKM di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan, iaitu setahun selepas program itu dilancarkan pada Julai tahun lepas. 

Katanya, apa yang menarik ialah daripada jumlah itu, 58,441 atau 55.24 peratus adalah wanita, justeru menunjukkan kaum hawa kini lebih mengambil berat aspek kesihatan mereka.

“Bilangan wanita untuk setiap negeri yang telah menjalani saringan melebihi 50 peratus dengan Selangor mempunyai kadar saringan tertinggi (61.9 peratus) manakala Pulau Pinang paling rendah pada 55.5 peratus,” tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad