web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tata Kelola, Pengurusan Ekonomi Yang Baik Tarik Pelaburan Dalam Negara - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 3:36PM

Anwar Ibrahim berkata, tata kelola dan pengurusan ekonomi yang baik mampu menarik minat dan keyakinan pelabur domestik dan asing untuk melabur di negara ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Tata kelola dan pengurusan ekonomi yang baik mampu menarik minat dan keyakinan pelabur domestik dan asing untuk melabur di negara ini, sekali gus memastikan pertumbuhan ekonomi yang pesat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini terbukti apabila di bawah pentadbirannya yang mementingkan perkara berkenaan, kemasukan pelaburan asing berjaya dicatatkan dari China dan Jepun serta Arab Saudi baru-baru ini.

"Minggu hadapan, Elon Musk (Ketua Pegawai Eksekutif Tesla) meminta berunding dengan saya, untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia, semua ini dengan bermulanya tata kelola serta pengurusan ekonomi yang baik

“Minggu lalu saya jumpa pelabur-pelabur Jepun yang mahu menambah dan mengembangkan pelaburan mereka, beberapa bulan yang lalu saya ke negara China, hasil pelaburan China ke Malaysia adalah paling tinggi dalam sejarah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, di sini hari ini.

 Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata syarikat Saudi Aramco dari Arab Saudi sebelum ini turut bersetuju untuk mengembangkan pelaburan mereka di Johor.

“Ini penting, jika tiada pelaburan, pengangguran akan meningkat, ekonomi tidak akan berkembang, restoran, hotel dan lain juga akan terjejas,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad