web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Sabah Rampas Dadah RM840,000, Tahan 5 Lelaki Dipercayai 'Orang Tengah'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 3:15PM

Jauteh Dikun berkata kesemua suspek berusia antara 17 tahun hingga 40-an dan siasatan awal mendapati mereka dipercayai bergiat aktif dengan kegiatan pengedaran itu, sejak awal tahun ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis Sabah merampas dadah jenis Syabu seberat 14 kilogram bernilai RM840,000 dan menahan lima lelaki dipercayai ‘orang tengah’ terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di beberapa daerah di negeri ini, pada awal minggu ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata kesemua suspek berusia antara 17 tahun hingga 40-an dan siasatan awal mendapati mereka dipercayai bergiat aktif dengan kegiatan pengedaran itu, sejak awal tahun ini.

“Hubung kait kegiatan antara lima lelaki ini masih kita siasat, pada masa ini kita percaya dadah yang dirampas adalah untuk diedarkan di sekitar negeri ini  dan ke luar negara. Ada lagi suspek yang kita buru tetapi masih dalam siasatan.

“Kita percaya mereka ini ‘orang tengah’ yang mana mereka membeli dadah daripada satu pihak sebelum menjualnya kepada orang lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata tangkapan pertama ialah pada Ahad lalu (3 Julai) melibatkan seorang lelaki tempatan di Kilometer 68 Jalan Sandakan-Lahad Datu, apabila pemeriksaan terhadap keretanya menemukan sebuah kotak mengandungi 10 bungkus dipercayai dadah jenis Syabu dengan berat 10.05 kilogram.

Jauteh berkata pada hari sama, seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing ditahan di Semporna bersama dadah Syabu seberat 2.03 kilogram.

Katanya dalam tangkapan berasingan pada keesokkan harinya, polis menahan seorang lelaki warga asing bersama 1.07 kilogram dadah Syabu di Inanam di sini, dan sementara seorang lelaki warga asing ditahan bersama 1.05 kilogram dadah jenis sama di Tuaran pada hari sama.

“Dianggarkan setiap 10 kilogram dadah Syabu ini mampu membekalkan 50,000 penagih dadah untuk tempoh sehari, jadi kita harap masyarakat juga mampu memainkan peranan untuk membantu pihak polis dalam kita bersama membenteras penyalahgunaan dadah ini,” katanya.

Beliau berkata turut dirampas wang tunai RM164,000; barang kemas bernilai RM172,000; barangan eksklusif membabitkan beg dan jam tangan bernilai RM90,000; serta 11 kenderaan bernilai RM790,000 yang dipercayai hasil daripada kegiatan ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad