web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Beradik Antara Ditahan Jadi 'Saintis' Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 12:08PM

Enam individu termasuk dua beradik ditahan disyaki menjadikan sebuah premis di Jelapang di sini sebagai makmal memproses dadah, dalam serbuan pada Rabu lepas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Enam individu termasuk dua beradik ditahan disyaki menjadikan sebuah premis di Jelapang di sini sebagai makmal memproses dadah, dalam serbuan pada Rabu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua lelaki berusia lingkungan 32 hingga 57 tahun itu ditahan pada 3 pagi oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

"Hasil pemeriksaan di premis itu menemukan dadah jenis Methamphetamine seberat 155 gram, heroin dianggar seberat 52.3 gram serta cecair disyaki Methamphetamine dianggar sejumlah 47.5 liter, kesemuanya dianggar berjumlah RM672,649," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sejumlah bahan kimia dan peralatan yang disyaki digunakan untuk memproses dadah, sebuah lori serta empat motosikal yang dianggar bernilai RM76,000. 

Katanya hasil saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan morfin selain memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Menurut Mohd Yusri sindiket tersebut mula aktif dalam aktiviti memproses dadah sejak awal tahun ini manakala dadah berkenaan mampu digunakan kira-kira 180,000 penagih di sekitar negeri ini.

Beliau berkata kesemuanya direman hingga Selasa depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad