web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hotel Empat Bintang Jual Nasi Bajet RM3 Bantu Jana Operasi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 2:50PM

DMR buka gerai nasi bajet RM3 untuk bantu jana pendapatan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Demi kebajikan 156 pekerja dan kelangsungan operasinya, Duyong Marina & Resort (DMR) mengambil inisiatif mewujudkan gerai nasi bajet RM3 untuk menjana pendapatan sampingan.

Resort empat bintang milik kerajaan negeri Terengganu yang terletak di Pulau Duyong itu mula membuka operasi gerai itu berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini pada Khamis lepas yang menawarkan aneka lauk berbeza setiap hari antaranya ayam goreng berempah, ikan goreng, gulai lemak ikan masin bersama nanas, sayur goreng, sambal telur dan sambal tenggiri limau.

Pengurus Besar DMR Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata ia adalah satu langkah drastik dan proaktif DMR agar tidak terlalu bergantung kepada perniagaan teras iaitu jualan bilik penginapan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 ketika ini.

"Dalam situasi terkini begitu banyak hotel dan resort terpaksa gulung tikar akibat tidak mampu bertahan mengharungi kegawatan ekonomi, kita tidak mahu perkara sama berlaku terhadap DMR sehingga ada risiko pekerja dibuang.

"Sebab itu, kita buka gerai nasi bajet ini untuk menyuntik motivasi dalam kalangan 156 pekerja bahawa pihak pengurusan tidak 'lepas tangan atau berpeluk tubuh' sahaja dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar ini, sebaliknya kita terus bersama-sama bekerja demi kelangsungan DMR," katanya ketika ditemui pemberita di gerai tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Faizul berkata gerai nasi bajet itu juga memberi peluang kepada golongan B40 serta mereka yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 untuk menikmati makanan yang lazat dan berkhasiat pada harga yang sangat murah.

"Selain itu, DMR turut mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang berminat mahu menyumbang nasi bajet ini kepada mana-mana pihak memerlukan termasuk petugas barisan depan sebagai menghargai jasa mereka," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai mula beratur seawal 11 pagi untuk membeli nasi bajet yang disediakan resort itu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dipantau pengawal keselamatan DMR.

Ditanya mengenai persepsi negatif sesetengah pihak bahawa gerai nasi bajet DMR itu hanya akan menyebabkan lebih banyak persaingan kepada peniaga kecil-kecilan yang lain, Wan Mohd Faizul berkata perkara itu kurang tepat kerana ia bukanlah satu-satunya strategi DMR dalam menjana pendapatan ketika ini.

"Selain gerai ini, jualan makanan lain daripada DMR seperti ayam panggang marina tetap berjalan seperti biasa dengan kaedah 'Cash on Delivery' atau bawa pulang. 

“Malah, kami turut mengadakan jualan promosi harga pakej penginapan beli satu percuma satu yang akan berakhir 18 Feb ini untuk mempelbagaikan sumber kewangan DMR. Pendapatan daripada gerai nasi bajet ini tidak sampai 10 peratus pun untuk DMR," katanya sambil memaklumkan gerai nasi bajet itu tidak akan kekal, sebaliknya akan dihentikan apabila industri pelancongan mula pulih seperti sediakala. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad