web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Serah Nama Pegawai JPN Minta Wang Dari Pemohon Warganegara Kepada SPRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 8:24PM

Individu berkenaan dipercayai menghubungi pemohon dan meminta sejumlah wang yang banyak jika mahu mendapatkan dokumen kelulusan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan nama seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dipercayai meminta sejumlah wang bagi meluluskan permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau sendiri telah menerima aduan yang dibuat terus kepadanya berhubung dakwaan rasuah itu.

"Saya telah menghubungi Tan Sri Azam Baki  (Ketua Pesuruhjaya SPRM) untuk serahkan nama kepada SPRM bagi meneruskan siasatan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini tanpa mendedahkan lebih lanjut butiran individu berkenaan.

Beliau berkata individu berkenaan dipercayai menghubungi pemohon dan meminta sejumlah wang yang banyak jika mahu mendapatkan dokumen kelulusan.

Katanya bagi urusan seperti kelulusan kewarganegaraan dan sijil lahir, ia sebenarnya tidak memerlukan sebarang pembayaran.

“Di JPN ada jawatankuasa yang akan membuat pertimbangan berdasarkan undang-undang dan pekeliling, dari mengesahkan kesahihan dokumen, ada merit dan seterusnya mensyorkan sama ada lulus atau tidak.

“Sebenarnya mereka hanya perlu datang mengutip dokuman kalau sudah diluluskan. Kalau ada pegawai yang menghubungi minta duit (bayaran) untuk tujuan kelulusan dan sebagainya, abaikan, sebab itu bukan amalan dalam tatakelola kerajaan sekarang,” tegasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata telah menerima maklumat ada unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warga negara dikenakan bayaran tertentu kepada mereka yang layak mendapat status kewarganegaraan.

JPN dalam kenyataan semalam pula berkata jabatan itu komited menangani rasuah dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen pengenalan diri susulan kenyataan perdana menteri itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan