web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak Mohon Kerajaan Persekutuan Teruskan Pemberian Lesen Import Pencegah Kehamilan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 10:07AM

Kementerian Kesihatan (KKM) telah membatalkan lesen untuk mengimport komoditi itu yang diberikan kepada persatuan terbabit sejak 2021 - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak memohon Kerajaan Persekutuan agar membenarkan persatuan perancangan keluarga tempatan di negeri itu mengimport komoditi pencegah kehamilan.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah membatalkan lesen untuk mengimport komoditi itu yang diberikan kepada persatuan terbabit sejak 2021.

"Saya akan membawa perkara ini kepada Menteri Kesihatan (Dr Zaliha Mustafa untuk meneruskan pemberian lesen bagi mengimport komoditi pencegah kehamilan)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan dua mesin ultrabunyi sumbangan Kerajaan Jepun kepada Persatuan Perancang Keluarga Sarawak (SFPA) di sini hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Konsulat Kedutaan Jepun di Kota Kinabalu, Sabah iaitu Kako Shiho.

Dr Sim berkata pemberian semula lesen itu akan membolehkan rakyat di Sarawak mendapatkan kontraseptif pada harga lebih murah.

Sementara itu, Pengerusi Perubatan SFPA Dr Philip Kho berkata sebelum pembatalan lesen itu, harga kontraseptif di Sarawak adalah berpatutan susulan geran yang disediakan oleh Persekutuan Perancang Ibu Bapa Antarabangsa (IPPF).

"Sejak lebih 50 tahun, Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) telah berjaya memperoleh lesen import bagi membolehkan ahlinya membekalkan kontraseptif kepada pelanggan mereka pada harga berpatutan," katanya.

Susulan pembatalan lesen import komoditi itu dua tahun lepas, FHRAM melalui bantuan Dr Sim berjaya melanjutkan tempoh sah permit importnya selama setahun.

Beliau berkata FHRAM telah menghantar permohonan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM pada 22 Jun lepas untuk mengimport kontraseptif tahun ini namun masih belum diluluskan.

"Jika lesen import itu tidak diluluskan, komoditi IPPF akan disalur kepada persatuan lain yang menjadi ahlinya di seluruh dunia dan bukan Malaysia," katanya sambil menambah SFPA mewakili kebanyakan penerima kontraseptif di bawah FRHAM. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad