web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air: Hilang Sepupu Rapat Sekelip Mata

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 3:33PM

Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih ketika tinjauan di Kampung Teladas hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN -  Makan malam bersama dua sepupunya merupakan memori terakhir buat Muhammad Zulfaqar Hadi Abdullah, 14, yang kehilangan saudara rapatnya itu dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai di Terengganu, pada Sabtu.

Anak sulung daripada enam beradik itu berkata kali terakhir dia bertemu sepupunya Putri Alleya Maisarah Karim, 16, dan Putri Nor Fatin Karim, 14, adalah pada Jumaat malam, iaitu sehari sebelum mangsa difahamkan bergerak ke lokasi kejadian.

"Mereka berdua paling rapat dengan saya berbanding yang lain … memang dari kecil kami selalu main bersama-sama dan sehingga sekarang pun kami masih rapat dan sering lepak bersama-sama.

"Malah pada sehari sebelum kejadian, kami keluar makan malam di bandar dan saya tidak menjangkakan ia menjadi memori terakhir kami," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Felda Lepar Hilir 3 di sini, hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Hilir itu juga tidak dapat menahan sebak semasa membantu membuat pengecaman terhadap seorang lagi sepupunya Putri Nurerina Natasya Karim, 10, dan berharap ahli keluarganya yang masih belum dijumpai dapat segera ditemukan. 

Sementara itu, ibu kepada Muhammad Zulfaqar, Rafeah Eiyi, 31, berkata abang iparnya Karim Abdullah, 39, sememangnya gemar memancing dan kali pertama membawa keluarganya ke lokasi kejadian untuk berkelah.

Katanya, beliau sememangnya terkejut apabila menerima berita duka itu ketika dihubungi polis pada petang Ahad dan bergegas ke hospital selepas itu. 

Jiran mangsa, Nasaini Samsudin, 33, pula menyifatkan Azizah Eiyi, 40, sebagai “seorang yang mudah untuk diminta pertolongan dan tidak sombong” serta seorang yang ceria.

"Azizah tak pernah bermasam muka dengan sesiapa. Kami kerap berjumpa di depan rumah mak arwah pada sebelah petang untuk makan ‘colek’ bersama menyebabkan sukar untuk saya terima bahawa dia sudah tiada ... apa-apa pun, saya reda dengan ketentuan ini," katanya.

Suri rumah itu berkata semasa mendengar berita itu, beliau menjangkakan hanya Karim yang terkorban sebelum mengetahui Azizah dan anak-anaknya turut menjadi mangsa.

"Saya terduduk ... sebak dan tidak percaya langsung kerana kami memang rapat. Malah, anak-anak juga sering bermain bersama-sama dan sekelip mata, kesemua mereka tiada," katanya. 

Pada Ahad, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga yang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan itu. 

Setakat pagi tadi, tujuh mayat telah ditemukan dan dikenal pasti identitinya iaitu Karim; Azizah; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4; dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18,

Mangsa yang masih hilang ialah Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor yang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad