web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air Kampung Iboi Segar Dalam Ingatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 12:00PM

Tragedi aliran puing atau fenomena kepala air di Kampung Iboi dan kawasan sekitarnya pada 4 Julai tahun lepas mengorbankan empat nyawa termasuk janin berusia empat bulan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Tragedi aliran puing atau fenomena kepala air di Kampung Iboi dan kawasan sekitarnya pada 4 Julai tahun lepas yang mengorbankan empat nyawa termasuk janin berusia empat bulan, masih segar dalam ingatan penduduk di situ.

Bagi Abdul Rahman Said, 72, insiden yang telah meragut nyawa isterinya Salmah Mat Akib (53), menantu Nurul Anis Abu Hassan (23) yang hamil empat bulan serta anak tirinya Khairul Ikhwan Nor Azman (14), menjadi episod pahit yang sukar untuk dilupakan.

"Sudah setahun bencana itu berlaku, buat macam mana pun takkan dapat balik (ahli keluarga yang telah meninggal dunia)... peristiwa yang tak pernah kita tempuhi kita akan sentiasa teringat.

"Arwah isteri seorang yang baik, begitu juga anak tiri sudah dianggap seperti anak kandung serta menantu yang banyak membantu...tragedi itu masih saya ingat, namun saya reda dengan qadak dan qadar Allah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Tinjauan Bernama ke Kampung Iboi yang terletak kira-kira 17 kilometer dari Bandar Baling mendapati kehidupan penduduk berjalan seperti biasa walaupun kesan bencana itu masih kelihatan terutama sekitar kawasan Sungai Kupang.

Jambatan Bailey dibina bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh dan dihanyutkan arus deras dalam kejadian setahun lepas itu masih utuh menjadi laluan utama khususnya bagi penduduk Kampung Iboi dan Kampung Iboi Masjid.

Bercerita lanjut, Abdul Rahman atau dikenali dengan panggilan Pak Cik Awang dalam kalangan penduduk kampung berkata, setiap kali melalui Jambatan Bailey, dia akan menoleh ke arah kawasan berpasir yang pernah menjadi tapak rumahnya dan terkenang kehidupan bersama keluarga sebelum tragedi itu.

"Bila lalu untuk ke masjid, saya pandang tempat itu, dalam hati terdetik, 'ini jalan nak masuk rumah aku dulu', kemudian akan rasa sedih, cuma rasa sedih tu tak macam mula-mula diuji dulu (ketika tragedi berlaku).

"Kadang-kadang waktu matahari nak terbenam, terbayang juga... waktu belikan makanan di Pekan Kupang untuk dibawa pulang, teringat juga pada arwah isteri, anak tiri dan menantu," katanya.

Abdul Rahman berkata, selepas pemergian isteri pertamanya akibat kanser limfoma pada 2013, dia mendirikan rumah tangga dengan Salmah yang mempunyai empat orang anak pada 2018.

"Kesemua anak tiri rapat dengan saya, tapi yang bongsu (Khairul Ikhwan) paling rapat, saya jaga macam anak sendiri sebab ayah kandung dia meninggal dunia sejak dia kecil lagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Komuniti Kampung Iboi Nor Mohamad Che Husain berkata selepas setahun bencana banjir aliran puing itu, masyarakat di kampung tersebut dan kawasan sekitar dilihat sudah bangkit dan menjalani kehidupan seperti sedia kala.

"Kesan daripada tragedi itu, selain kehilangan nyawa, tanaman dan ternakan, jelas dapat dilihat bahawa landskap di sini juga sudah berubah sama sekali... banyak kawasan musnah teruk.

"Tapi hasil usaha pemimpin setempat di sini, pihak kerajaan, pegawai daerah, penghulu dan semua pihak terlibat, akhirnya 12 buah rumah yang musnah telah diganti dengan rumah baharu di Desa Keda Kampung Sadek," katanya.

Pegawai Daerah Baling Datuk Mohd Shahadan Abdullah berkata pihaknya berharap tragedi 4 Julai tahun lepas itu tidak berulang di kampung tersebut atau kawasan lain di daerah ini.

"Kita membuat pemantauan sepanjang masa kerana apa yang mustahak ialah memastikan tragedi sama tidak lagi berulang. Setakat ini bagi 2023, tidak berlaku lagi banjir kilat di situ.

"Pada tahun lepas, 12 kali banjir berlaku di kawasan Kampung Iboi termasuklah tragedi pada 4 Julai, tetapi dalam banyak kejadian, hanya beberapa kali air naik melepasi jambatan Bailey dan masuk ke rumah penduduk," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad