web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air: 7 Mayat Ditemukan, 1 Lagi Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 3:00PM

Anggota pasukan penyelamat mengusung mayat dipercayai kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih di Sungai Teladas, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Sebanyak tujuh lagi mayat mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Air Putih, di sini berjaya ditemukan hari ini, menjadikan keseluruhan sembilan mayat mangsa telah dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setakat ini.

Satu daripada mayat itu disahkan identitinya sebagai Muhammad Haziq Ziqree Karim berusia enam tahun, manakala satu lagi mangsa masih hilang.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kesemua tujuh mayat berkenaan ditemukan di sektor A dan B di kawasan seluas 25 kilometer (km) dari lokasi kejadian. 

"Kesemua mereka ditemukan antara pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari tadi dalam keadaan tersangkut pada dahan pokok, terapung di permukaan air dan di pinggir sungai. 

"Keseluruhannya, dua mayat lelaki dewasa, satu wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan ditemukan hari ini. Bagaimanapun, enam daripada mereka masih belum dapat disahkan identiti," katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, di sini hari ini. .

Menurutnya setakat ini, kawasan pencarian telah meliputi sebanyak 25 km daripada keseluruhan jangkaan 32 km radius operasi SAR. 

Mazli berkata keadaan cuaca yang baik dengan arus sungai yang semakin perlahan membantu memudahkan operasi pencarian yang kini diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa.

Semalam, media melaporkan 10 individu dengan sembilan daripadanya adalah sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang manakala seorang lelaki dari Batu Pahat, Johor dipercayai tunang kepada seorang daripada ahli keluarga itu telah datang ke Jeram Air Putih di sini untuk berkelah pada Sabtu, sebelum dihanyutkan arus deras fenomena itu.

Dua mayat pertama telah ditemukan orang ramai tengah hari semalam iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam