web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Ditemukan Maut Dipercayai Ditikam Bekas Suami

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 8:33PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang wanita berusia 42 tahun maut disyaki ditikam bekas suaminya di sebuah rumah sewa di Taman Desa Darul Naim, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa adalah ibu tunggal kepada tiga anak berusia antara 14 hingga 24 tahun.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati terdapat 13 kesan kecederaan pada tubuh mangsa dan kejadian dikatakan berlaku sekitar 3 pagi.

“Siasatan awal mendapati suspek adalah bekas suami kedua mangsa dan berpisah sejak enam tahun lepas.

“Mangsa sebelum itu pernah berkahwin dan dikurniakan tiga anak (dengan suami pertama),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Zaki berkata motif awal kejadian dipercayai akibat cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai teman lelaki dan suspek ingin mengajak agar mangsa kembali kepadanya.

Beliau berkata berdasarkan keterangan saksi, wanita itu dikatakan bertengkar dengan suspek di dalam bilik di rumah itu sebelum mendengar jeritannya.

“Selepas jeritan, mangsa dilihat keluar dari bilik dalam keadaan berlumuran darah sebelum rebah di ruang tamu.

“Suspek yang berusia 51 tahun kemudian berjaya ditahan tidak jauh dari rumah itu selepas polis menerima laporan daripada anak saudara mangsa yang tinggal bersama,” katanya.

Menurut Muhamad Zaki polis merampas satu pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja