web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teroka Pasaran Pertanian, Mohamad Sabu Ketuai Delegasi Malaysia ke Itali, Hungary

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 3:10PM

Mohamad Sabu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengetuai delegasi Malaysia ke Rom, Itali dan Budapest, Hungary bermula hari ini hingga 8 Julai. 

Jurucakap Kementerian Pertanian dan Keterjeminan Makanan (MAFS) berkata, Mohamad dalam lawatan berkenaan dijangka menghadiri Sidang Pleno Persidangan Food and Agriculture Organization (FAO) Ke-43 di Rom. 

Menurutnya, Mohamad turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian, Kedaulatan Makanan dan Perhutanan Itali, Francesco Lollobrigida dalam usaha mengukuhkan kerjasama menerusi sektor pertanian termasuk kerjasama ekonomi, pelaburan dan teknikal.

“Sidang itu merupakan platform bagi setiap ketua delegasi menyampaikan kenyataan negara (country statement) menerusi agenda Review of the State of Food and Agriculture.

“Tema bagi agenda pada tahun ini ialah pengeluaran, pemakanan, persekitaran dan kehidupan lebih baik bagi mencapai Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Jurucakap MAFS memaklumkan, pertemuan dua hala bersama Lollobrigida itu akan digunakan sebagai peluang meneroka akses pasaran baharu bagi produk pertanian negara, dalam usaha meningkatkan keseimbangan perdagangan hasil pertanian.

“Selain itu, pertemuan bersama Ketua Pengarah FAO, Dr. Qu Dongyu juga diadakan bagi membincangkan isu berkaitan bidang pertanian dan keterjaminan makanan serta nutrisi global, di samping mengukuhkan kerjasama strategik antara Malaysia dan FAO dalam pelbagai sektor pertanian," katanya. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai lawatan kerja ke Budapest pula, beliau berkata, Mohamad akan bertemu Menteri Pertanian Hungary, István Nagy dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian.

Jelasnya, MoU berkenaan akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam bidang pertanian, meningkatkan kemahiran teknikal serta kepakaran pegawai. 

"Pada masa sama, ia juga memudahcara akses pasaran produk pertanian Malaysia ke Hungary serta membolehkan kedua-dua negara merangka pelbagai program kerjasama baharu yang bersesuaian.

"Mohamad turut dijemput menyampaikan ucaptama di Majlis Penganugerahan Program Doktor Falsafah di Hungarian University of Agricultureand Life Sciences (MATE)," katanya. - Getaran, 2 Julai 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar