web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


YADIM Kecam Lelaki Bakar al-Quran, Itu Perbuatan Ekstremis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 8:18PM

YADIM menerusi kenyataannya berkata tindakan biadab Salwan Momika tidak membawa sebarang faedah kepada pelaku dan pihak yang menyokong. - Gambar dari Facebook Lesgotv naija

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengecam keras keputusan Sweden membenarkan tindakan provokatif membakar Al-Quran di sebuah masjid di Stockholm.

Jurucakap YADIM menerusi kenyataan memaklumkan, tindakan biadab tersebut sebenarnya tidak membawa sebarang faedah kepada pelaku dan pihak yang menyokong. 

Katanya, perbuatan berkenaan juga hanya akan mengundang bahaya, jika ada pihak lain bertindak balas.

"Sehubungan itu, YADIM menggesa semua pihak untuk melihat Islamofobia sebagai satu perkara yang perlu diatasi segera di semua peringkat dan lapisan masyarakat.

"Kita akan terus konsisten untuk memupuk semangat perpaduan bagi membentuk masyarakat yang sentiasa rahmah dalam menyokong aspirasi Malaysia Madani," katanya hari ini. 

Mengulas lanjut, Jurucakap YADIM berkata, pihaknya akan sentiasa menganjurkan pelbagai program yang menerapkan elemen perpaduan, rahmah, kasih sayang dan semangat kebersamaan.

“YADIM menyeru umat Islam supaya berhati hati ketika berbicara mengenai agama suci ini agar tidak dipandang serong oleh bukan Islam.

“Pada masa sama, badan dakwah ini ingin menyeru semua pihak agar kekal bertenang dan tidak bertindak balas dalam sebarang bentuk yang boleh membawa kepada mudarat,” katanya. 

Agensi berita luar negara sebelum ini melaporkan, seorang pelarian Iraq dikenali sebagai Salwan Momika bertindak biadab dengan membakar kitab suci Al-Quran.

Menurut pihak berkuasa, keputusan membenarkan perbuatan Salwan itu dibuat berdasarkan hak kebebasan bersuara.

Malah, pihak berkuasa mendakwa demonstrasi itu tidak mencetuskan sebarang `gangguan di tempat awam’.

Namun, katanya, Momika masih akan didakwa kerana membakar kitab suci itu berhampiran masjid.

Jelasnya, Momika juga akan disiasat atas kesalahan melanggar larangan sementara dengan melakukan pembakaran terbuka di tempat awam susulan gelombang haba.  

Media melaporkan, Momika memulakan tindakannya dengan memberi ucapan di bawah kawalan ketat polis. - Getaran, 1 Julai 2023.



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar