web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Pengangkutan Sedang Kaji Caj Cukai Jalan Kenderaan EV - Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 8:11PM

Anthony Loke - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji semula kadar bayaran cukai jalan yang akan dikenakan bagi kenderaan elektrik (EV) supaya ia lebih rendah berbanding kenderaan biasa, kata Menterinya, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata keputusan itu dibuat supaya cukai jalan kenderaan berkenaan menjadi lebih murah berbanding kenderaan Internal Combustion Engine (ICE), bagi menggalakkan lebih ramai pengguna memiliki kenderaan elektrik.

Katanya ketika ini cukai jalan bagi kenderaan itu adalah percuma sehingga 2025, namun pihaknya mengambil maklum mengenai beberapa maklum balas dalam kalangan pengguna EV yang ingin tahu kadar cukai kenderaan EV selepas tamat tempoh itu.

"Kementerian Pengangkutan, yang juga anggota dalam Pasukan Petugas Khas EV dipengerusikan oleh Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pada mesyuarat beberapa hari lepas, kita ada bentangkan satu kertas kerja bagaimana menyokong industri EV ini.

"Antara perkara yang akan dilaksanakan pihak kementerian ialah mengkaji semula struktur pencukaian jalan EV. Mengikut kaedah Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), memang ada pengiraan bagi kenderaan EV, dan memang pengiraaan cukai jalan bagi EV lebih mahal berbanding kereta biasa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Pelancaran Pusat Khidmat 4S GWM di sini hari ini.

Jelasnya keputusan mengenai kadar cukai jalan kenderaan EV itu akan diputuskan pada tahun ini.

Sementara itu Loke berkata pihaknya juga bercadang memperkenalkan nombor plat khas untuk kenderaan EV bagi tujuan membezakan ia daripada kenderaan biasa.

“Bagi aspek keselamatan, sekiranya berlaku kemalangan, cara pengendalian kereta itu berbeza daripada kenderaan lain. Umpamanya jika berlaku kebakaran, ia tidak boleh sembur air sahaja. Pasukan bomba ada prosedur operasi standard mereka sendiri," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 31 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar