web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angin Kencang Dijangka Melanda Utara Semenanjung - MetMalaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 12:43PM

Negeri-negeri di utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri tersebut dijangka mengalami angin baratan yang bertiup kencang di kawasan itu, sehingga 5 Julai dan keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negeri-negeri di utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri tersebut dijangka mengalami angin baratan yang bertiup kencang di kawasan itu, sehingga 5 Julai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 9 pagi tadi memaklumkan, keadaan tersebut berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang, di negeri-negeri berkenaan.

“Sementara itu, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang juga boleh berlaku di Kelantan dan Terengganu, pada sebelah petang hingga ke awal malam,” menurut kenyataan itu.

MET Malaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga 5 Julai.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad