web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Patung Seks Kanak-Kanak Dijual Secara Berleluasa, Ini Komen Shopee

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 8:53PM

Iklan patung seks yang menyerupai kanak-kanak dijual secara meluas di Shopee. - Gambar dari Twitter @masitah96

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Shopee memaklumkan akan mengambil tindakan segera terhadap peniaga mereka selepas menerima laporan penjualan patung seks menyerupai kanak-kanak secara berleluasa di platform e-dagang itu.

“Terima kasih atas laporan anda. Kami sudah memaklukan kepada pasukan yang sesuai untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Pada masa sama, Shopee turut menggesa orang ramai supaya membuat aduan sekiranya mengesan penjual atau senarai produk yang tidak mematuhi polisi syarikat tersebut di platform berkenaan.

“Sekiranya anda menemui penjual atau senarai produk yang tidak mematuhi polisi Shopee, anda boleh membantu kami dengan melaporkan mereka,” katanya.

Terdahulu, kecoh di Twitter apabila seorang wanita mendedahkan mengenai penjualan patung seks menyerupai kanak-kanak secara berleluasa di Shopee.

Dakwa wanita itu, seorang rakannya ternampak anak patung seks itu ketika sedang melayari platform tersebut.

“Dia terjumpa alat mainan seks, tetapi apa yang tidak baik ialah alat mainan seks ini menyerupai kanak-kanak,” katanya.

Wanita tersebut turut berkongsi tangkap layar memaparkan patung seks kanak-kanak yang lengkap berpakaian seragam sekolah, dan dijual pada harga RM1,399.

Malah ulasan oleh pembeli produk tersebut kebanyakannya berpuas hati dengan kualiti barangan seperti yang diiklankan.

Berdasarkan pemantauan pengguna Twitter, penjual produk tersebut berpangkalan di Selangor.

Tinjauan Getaran menerusi pautan produk itu yang dikongsi di Twitter mendapati ia sudah dipadamkan penjualnya.

Sementara itu, rata-rata pengguna Twitter mengecam tindakan individu yang menjual produk berkenaan secara terbuka di Shopee.

“Jijknya,” kata Sufianajwa.

“Sebagai seorang ibu, ini amat menakutkan. Ada juga yang memakai baju uniform sekolah rendah. Kenapa kerajaan tidak bertindak terhadap perkara ini?” soal Atiqahy1.

Seorang lagi pengguna Twitter turut meminta orang ramai supaya membuat laporan polis mengenai perkara itu agar penjual dan pembeli patung seks itu ditangkap. – Getaran, 30 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad