web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perlu Tindakan Segera Pelihara Kehormatan Al Quran, Badan Dunia Harus Bersatu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 8:39PM

Salwan Momika - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Badan dunia digesa mengambil tindakan segera bagi memastikan kehormatan Al Quran sebagai kitab suci umat Islam terus dipelihara.

Jurucakap Kementerian Luar berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) perlu bersatu dalam memerangi sentimen Islamofobia yang semakin membimbangkan.

Menurut beliau, kebiadaban dua lelaki yang membakar Al-Quran di Stockholm, Sweden jelas adalah satu provokasi dan penghinaan.

“Tindakan mencemarkan Kitab Suci Al-Quran tatkala umat Islam di seluruh dunia meraikan Aidiladha, merupakan penghinaan kepada umat Islam.

“Ia juga melanggar prinsip sejagat untuk menghormati dan memahami kepelbagaian agama yang wujud serta kitab suci mereka,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan dua lelaki melakukan provokasi dengan membakar Al-Quran di luar masjid utama di Stockholm, dua hari lalu.

Daily Mail melaporkan, perbuatan dua lelaki dengan seorang daripada mereka dikenali sebagai Salwan Momika itu turut disaksikan kira-kira 200 penduduk.

Sebelum membakar kitab suci tersebut, Salwan terlebih dahulu mengelap kasutnya menggunakan helaian Al-Quran yang telah dikoyak.

Lebih biadab, dia turut meletakkan hirisan daging babi pada kitab suci berkenaan.

Rakannya pula melaungkan kata-kata kesat yang mencaci agama Islam menggunakan pembesar suara.

Berang dengan kelakuan biadab itu, seorang lelaki yang menyaksikan perbuatan mereka cuba melempar batu bagi menghentikan perbuatan tersebut, tetapi dia ditahan polis tidak lama kemudian.

Segelintir penonton yang menyaksikan provokasi terbabit turut melaungkan kalimah suci ‘Allahuakbar’ sebagai tanda protes.

Dua minggu lalu, mahkamah rayuan di Sweden menolak larangan polis berhubung protes insiden membakar Al-Quran yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Mengulas lanjut, jurucakap kementerian berkata,  ini merupakan kali kedua tindakan keji sedemikian berlaku di Sweden, selepas insiden pertama Januari lalu.

“Keputusan mahkamah Sweden untuk membenarkan perbuatan keji ini berulang bukanlah satu langkah yang progresif dalam usaha untuk meningkatkan rasa hormat dan persefahaman demi kebaikan mat manusia. 

“Sebaliknya, langkah tersebut adalah seumpama membenarkan jenayah kebencian dan provokasi jahat, bertujuan menyebarkan kebencian agama,” katanya.

Tegas beliau, provokasi seumpama itu juga boleh dianggap sebagai hasutan kepada keganasan yang merosakkan usaha keamanan dan ketamadunan.

“Malaysia menggesa kerajaan Sweden mengambil tindakan segera terhadap pelaku jenayah kejam ini dan mengambil langkah serius untuk memerangi sentimen Islamofobia yang semakin membimbangkan di Sweden. 

“Malaysia percaya ketiadaan sebarang tindakan daripada pihak berkuasa Sweden dalam membendung provokasi ini boleh membawa kesan buruk terhadap hubungannya dengan umat Islam di seluruh dunia,” katanya. - Getaran, 30 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad