web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Iniasiatif MOT Bantu Ringankan Beban Harga Tiket Penerbangan Mahasiswa IPTA Diperkenalkan Ogos

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 1:32PM

Anthony (lima dari kiri) ketika melancarkan ‘perlepasan berganda’  MYAirline (Syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia), bagi Program Pelajar dan Penerbangan Sulung ke Bangkok, di sini hari ini. - Gambar dari Facebook MYAirline

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MoT) akan memperkenalkan satu inisiatif pada Ogos ini bagi meringankan beban kewangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk membeli tiket penerbangan pulang.

Menteri Pengangkuta, Anthony Loke berkata inisiatif dalam bentuk pemberian kredit itu, kini masih dalam proses integrasi dengan syarikat-syarikat penerbangan.

“Kita jangka ia dapat dilancarkan pada Ogos, sebelum sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya kepada media selepas melancarkan ‘perlepasan berganda’  MYAirline (Syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia), bagi Program Pelajar dan Penerbangan Sulung ke Bangkok, di sini hari ini.

Menurut beliau, apabila dilaksanakan kelak, inisiatif berkenaan dijangka mampu memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 pelajar IPTA.

Loke berkata industri penerbangan tempatan termasuk MYAirlines mempunyai peranan penting, khususnya dalam membantu meringankan pelajar yang perlu melakukan perjalanan merentasi Laut China Selatan kerana penerbangan merupakan satu-satunya mod pengangkutan awam pilihan mereka.

“Khidmat penerbangan yang boleh dipercayai dan mampu milik adalah kunci untuk membolehkan pelajar-pelajar kita mengejar peluang pendidikan terbaik dan mengukuhkan perpaduan wilayah kami.

“Dengan sukacitanya saya mengumumkan MYAirlines akan menawarkan diskaun tambang sebanyak 20 peratus dan bagasi 15kg percuma kepada pelajar (berumur 16-26) yang menaiki penerbangan domestik di bawah program ini.

“Melalui inisiatif MoT yang akan diperkenalkan itu, dan Program Pelajar MYAirline, pelajar kini boleh mengharapkan lebih banyak pilihan apabila melancong di dalam negara.

“Saya berharap usaha ini juga akan menjadi pemangkin kepada syarikat penerbangan lain untuk mengadakan program serupa bagi membantu rakyat,” katanya.

Mengenai penerbangan sulung MYAirline ke Thailand, Loke berkata ini akan membantu mengembangkan lagi peluang perdagangan dan pelancongan serta memperdalam pertukaran seni budaya antara Malaysia dan Thailand.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo  berkata syarikat penerbangan itu akan beroperasi di dua lapangan terbang di Bangkok, dengan operasi di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 28 Jun dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang menjelang 1 Julai.

“Mulai esok, MYAirline akan melebarkan sayapnya ke Bangkok melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, sekali gus dapat memberi pilihan kepada penumpang untuk memilih antara Lapangan Terbang Don Mueang atau Suvarnabhumi.

"Buat kali pertamanya syarikat penerbangan tempatan berupaya menawarkan fleksibiliti sedemikian," kata menteri itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad