web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Rela Digantung Kerja Kerana Larang Wanita Berskirt Masuki Premis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 1:33PM

Walaupun wanita itu memakai skirt paras lutut, kakitangan Rela yang bertugas berkata, panjang skirt itu sepatutnya mencecah kaki kerana "ia sebahagian daripada peraturan” - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal di pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Pulau Pinang digantung kerja kerana tidak membenarkan seorang wanita yang memakai skirt untuk memasuki premis tersebut.

Portal Malaysiakini melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Mohammed Azman sebagai berkata, pengawal itu yang juga seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), digantung kerja oleh pengurusan agensi itu semalam sementara menunggu siasatan.

Mohammed berkata, tindakan kakitangan Rela itu dilakukan "di luar pengetahuan pengurusan" dan berada di luar "skop tugas" pengawal.

Malaysiakini juga melaporkan bahawa isu itu diketengahkan oleh peguam Ajit Singh Jessy apabila wanita terbabit yang juga rakan sekerjanya dihalang daripada memasuki pejabat PERKESO di Jalan Burma, George Town pada 28 Jun lalu.

Walaupun rakan sekerjanya memakai skirt paras lutut, kakitangan Rela yang bertugas berkata, panjang skirt itu sepatutnya mencecah kaki kerana "ia sebahagian daripada peraturan”.

Menurut Ajit, selepas berterusan ditanya mengenai apa yang tidak kena dengan skirt tersebut, pengawal itu akhirnya mengalah tetapi berkata "lain kali tidak boleh".

Peguam itu turut mempersoalkan bagaimana seorang pengawal yang bertugas menjaga keselamatan, boleh memutuskan kod pakaian untuk orang ramai.

Isu ‘kepolisan moral’ kod pakaian di pejabat agensi kerajaan telah dilaporkan secara sporadis dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh tidak bersetuju dengan langkah sedemikian, sambil menambah beliau akan bertemu pihak berkuasa berhubung perkara itu.

Ramkarpal berkata demikian selepas insiden pada bulan yang sama di mana seorang wanita dilarang memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang oleh anggota polis untuk membuat laporan berkaitan kes kemalangan jalan raya kerana memakai pakaian tidak bersesuaian.

Pada Mac lalu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut tidak membenarkan seorang wanita memasuki premisnya di Ipoh kerana tidak mematuhi kod pakaian ditetapkan.

Pada Oktober tahun lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikecam kerana pada awalnya mengharamkan pakaian kebudayaan seperti cheongsam dan sari, pada majlis konvokesyennya.

Garis panduan kod pakaian kemudiannya dikeluarkan selepas itu. - The Vibes, 30 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar