web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Rayuan Tetapkan 15 September Sampai Keputusan Berhubung Rayuan Polis Dan Kerajaan Dalam Saman Bekas Aktivis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 12:46PM

R.Sri Sanjeevan, 38, menyaman pegawai penyiasat ASP Poonnam E Keling, Ketua Polis Negara (KPN) dan Kerajaan Malaysia, mendakwa dia ditahan secara salah oleh Poonnam selama 16 hari antara 10 Julai 2016 dan 26 Julai 2016, selain turut diserang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Mahkamah Rayuan menetapkan 15 September untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan polis dan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan penahanan 16 hari bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) sebagai menyalahi undang-undang.

Peguam Sri Sanjeevan, S. Preakas mengesahkan tarikh itu ketika dihubungi Bernama.

Tarikh itu ditetapkan susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nur Adilah Halid pada Rabu.

Pada 21 Jun lepas panel tiga hakim yang terdiri daripada hakim Mahkamah Rayuan Datuk S. Nantha Balan, Datuk See Mee Chun dan Datuk Azimah Omar yang mendengar rayuan itu, memutuskan untuk menangguhkan keputusan mereka.

Sri Sanjevaan, 38, menyaman pegawai penyiasat ASP Poonnam E Keling, Ketua Polis Negara (KPN) dan Kerajaan Malaysia, mendakwa dia ditahan secara salah oleh Poonnam selama 16 hari antara 10 Julai 2016 dan 26 Julai 2016, selain turut diserang.

Bekas pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) itu memohon ganti rugi atas kecederaan yang dialaminya.

Pada 28 Jun tahun lepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache membenarkan saman sivil Sri Sanjeevan bagi pemenjaraan salah dan mengarahkan ganti rugi am, teladan dan teruk dibayar kepadanya, dengan ganti rugi itu dinilai dalam perbicaraan berasingan yang ditetapkan kemudian.

Mahkamah turut memutuskan bahawa penahanan Sri Sanjeevan adalah menyalahi undang-undang dan haknya di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan telah dilanggar oleh Poonnam.

Hakim Mahkamah Tinggi itu mendapati Poonnam bertanggungjawab kerana menahan Sri Sanjeevan secara salah dan KPN serta kerajaan bertanggungjawab secara wakil atas tindakan Poonnam.

Sri Sanjeevan ditahan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti jenayah pada 10 Julai 2016 di bawah POCA dan dihadapkan di hadapan majistret pada hari berikutnya, yang mengeluarkan perintah reman 21 hari.

Sebelum tamat tempoh reman 21 hari, Sri Sanjeevan memfailkan permohonan habeas corpus bagi memastikan dia dibebaskan daripada tahanan.

Dia dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonannya pada 26 Julai 2016 kerana melanggar prosedur mandatori di bawah POCA.

Kerajaan kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan tetapi kemudiannya menarik balik rayuan itu.

Sri Sanjeevan kemudian memfailkan tindakan sivil terhadap polis dan kerajaan untuk pemenjaraan secara salah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Rayuan Tangguh Keputusan Rayuan Kerajaan Terhadap Saman Bekas Aktivis

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Pahang Tarik Semula Gelaran Datuk Sri Sanjeevan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi