web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berdepan Pengusiran, Penduduk Flat Kos Rendah Tg Aru Rai Aidiladha Terakhir Bersama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 10:26AM

minah Mohd Zainin menjemput semua keluarga dan jirannya untuk majlis perjumpaan terakhir di restorannya, Restoran Kak Min pada sambutan Aidiladha, semalam - Gambar oleh Jason Santos

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Aminah Mohd Zainin menjemput semua keluarga dan jirannya untuk majlis perjumpaan terakhir di restorannya, Restoran Kak Min pada sambutan Aidiladha, semalam.

Setakat hari ini, kedai makannya yang terletak di sepanjang deretan kedai di tingkat bawah flat kos rendah Tg Aru akan ditutup buat selama-lamanya.

Ia merupakan kenangan selama 18 tahun yang tidak dapat dilupakan, katanya, dan kawasan kejiranan di sana mempunyai tempat teristimewa di hati serta keluarganya.

“Sekiranya masih ada yang mahu merasa makanan kami seperti soto, rojak, dan nasi lemak, ia masih boleh didapati di kantin sekolah.

“Saya melihat anak-anak saya dilahirkan dan dibesarkan di sini. Begitu juga dengan jiran saya yang menjadi kawan baik, dan anak-anak mereka juga menjadi kawan baik saya,” katanya kepada The Vibes.

Restoran Aminah boleh dikatakan menjadi lokasi sarapan dan makan tengah hari ratusan penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan itu bertahun-tahun lamanya.

Restoran Aminah boleh dikatakan menjadi lokasi sarapan dan makan tengah hari ratusan penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan itu bertahun-tahun lamanya - Gambar oleh Jason Santos
Restoran Aminah boleh dikatakan menjadi lokasi sarapan dan makan tengah hari ratusan penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan itu bertahun-tahun lamanya - Gambar oleh Jason Santos

Namun pekeliling daripada pemilik premis, Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar Sabah, dikeluarkan bulan lalu, menyatakan kontrak penyewaannya tidak akan diperbaharui.

Langkah itu turut menjejaskan lebih 10 perniagaan di deretan kedai di sana.

Setakat ini, enam telah ditutup, manakala selebihnya berkata mereka akan menunggu sehingga tempoh kontrak berakhir pada Julai.

“Inilah sebabnya saya memutuskan untuk membuat rumah terbuka pada Aidiladha hari ini (semalam). Ia adalah untuk mengingatkan diri saya dan jiran-jiran tentang momen indah yang kami lalui semasa tinggal di sini,” katanya.

Esok adalah tarikh akhir lanjutan untuk pengusaha kedai dan penyewa di flat kos rendah itu akan tamat.

Ia merupakan lanjutan terakhir lembaga perumahan negeri selepas penyewa sepatutnya mengosongkan flat mereka pada penghujung 2021.

Majlis "Hari Perpindahan" telah diadakan pada 25 Januari tahun lalu, tetapi penyewa berkumpul dan mengadakan bantahan secara aman terhadap pengusiran tersebut.

Semua penduduk di kompleks pangsapuri 11 blok itu membantah tindakan pengusiran tersebut kerana beberapa keluarga sudah tinggal di sana sejak 1980-an.

Majlis "Hari Perpindahan" telah diadakan pada 25 Januari tahun lalu, tetapi penyewa berkumpul dan mengadakan bantahan secara aman terhadap pengusiran tersebut - Gambar oleh Jason Santos
Majlis "Hari Perpindahan" telah diadakan pada 25 Januari tahun lalu, tetapi penyewa berkumpul dan mengadakan bantahan secara aman terhadap pengusiran tersebut - Gambar oleh Jason Santos

Namun mereka juga menjelaskan tidak menentang dasar lembaga perumahan dan mahu agensi itu menyediakan rumah kos rendah alternatif kepada mereka.

Mengikut garis panduan penyewaan, penyewa akan hilang kelayakan untuk menyewa rumah tersebut jika mereka sudah menduduki unit tersebut selama lebih 10 tahun, memiliki rumah, berpendapatan melebihi RM3,000 sebulan, atau menyewakan unit tersebut.

Tetapi bilangan awal penyewa yang menentang pengusiran semakin berkurangan dengan ketara sejak protes berlaku tahun lepas.

Daripada 315 penyewa, kini hanya tinggal 100 orang.

Seorang penyewa yang enggan namanya didedahkan berkata, lembaga perumahan sudah meneliti rekod penyewanya.

Para penduduk menjelaskan bahawa tidak menentang dasar lembaga perumahan dan mahu agensi itu menyediakan rumah kos rendah alternatif kepada mereka - Gambar oleh Jason Santos
Para penduduk menjelaskan bahawa tidak menentang dasar lembaga perumahan dan mahu agensi itu menyediakan rumah kos rendah alternatif kepada mereka - Gambar oleh Jason Santos

Ada yang didapati sudah memiliki rumah dan memperoleh pendapatan tinggi, manakala ada yang sudah menyewakan unit mereka kepada penyewa lain.

Ini bermakna mereka hilang kelayakan, kata penyewa itu, sambil menambah penduduk yang tinggal adalah kes tulen atau mereka yang masih layak mendapat bantuan perumahan.

“Lebih tiga minggu lalu, kakitangan agensi juga datang, mengetuk setiap pintu, memeriksa penyewa.

“Mereka sedang menyemak butiran penyewa untuk melihat sama ada mereka masih memenuhi keperluan,” kata sumber itu.

Menurutnya, penyewa sudah menghubungi Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya berhubung masalah itu tetapi masih belum mendapat sebarang jaminan mengenai perumahan masa depan mereka.

“Ketika ini, kami masih belum pasti sama ada boleh terus kekal di sini. Tetapi kami tidak putus asa. Kami akan tetap menentang tarikh akhir sehingga penyelesaian ditemui,” katanya.

Faktor keselamatan disebut sebagai punca pengusiran kerana lembaga perumahan merancang untuk merobohkan semua kompleks flat berkenaan.

Lembaga itu juga menyatakan rancangan untuk membangunkan semula tanah tersebut tetapi jenis pembangunan belum diputuskan ketika ini.

Agensi itu juga sudah menghentikan semua penyelenggaraan bangunan dan menghentikan kutipan sewa daripada penyewa yang tinggal sejak tahun lepas. - The Vibes, 30 Jun 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad