web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPR Terima Watikah Pembubaran DUN Negeri Sembilan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 8:47PM

Negeri Sembilan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan semalam.

Pengarah SPR negeri, Mohd Heikal Kamarudin berkata watikah itu diserahkan oleh Setiausaha DUN Negeri Sembilan, Mohd Amin Ludin di pejabat SPR negeri di sini.

"Setiausaha DUN Negeri Sembilan hadir ke pejabat saya semalam dan menyerahkan  dokumen proklamasi pembubaran DUN," katanya kepada Bernama hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, semalam, mengumumkan tarikh pembubaran DUN Negeri Sembilan pada Sabtu ini, (1 Julai) selaras dengan perkenan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Negeri Sembilan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Negeri Sembilan memiliki 36 kerusi DUN yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dipimpin Aminuddin menguasai 20 kerusi (DAP-11, PKR-6, Amanah-3) dan diikuti Barisan Nasional (BN) 16 kerusi (UMNO-15 dan MIC-satu). - Bernama 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan