web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Minggu Selepas DUN Bubar Masa Sesuai Untuk Penamaan Calon - Chow

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 11:20AM

Chow Kon Yeow berkata beliau berpendapat tempoh berkenaan dikira memadai dan mencukupi untuk semua pihak menjalankan gerak kerja parti masing-masing. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Tempoh tiga minggu selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah masa yang paling sesuai untuk hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dilaksanakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata beliau berpendapat tempoh berkenaan dikira memadai dan mencukupi untuk semua pihak menjalankan gerak kerja parti masing-masing.

"Hari Rabu ini (28 Jun) menandakan tarikh penting iaitu pembubaran DUN Pulau Pinang, maka apa yang dispekulasikan (pembubaran DUN) sudah jadi kenyataan dan tidak perlu spekulasi lagi… sekarang adalah spekulasi penamaan calon dan hari pengundian pula (mengundi PRN)," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.

DUN Pulau Pinang dibubarkan semalam dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.

Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata beberapa perkara perlu dilakukan selepas pembubaran DUN antaranya menyiapkan manifesto, persiapan lantikan ejen tempat undi, ejen mengira undi dan bahan-bahan untuk publisiti.

"Selepas penamaan calon, kita masuk pula ke peringkat persiapan untuk dapatkan jentera berkempen, mengadakan lawatan bertemu pengundi, pengedaran risalah dan gunakan media sosial untuk sampaikan maklumat kepada pengundi… semua gerak kerja ini dilakukan sehingga ke kemuncaknya hari mengundi.

"Kita juga menyusun semua kerja-kerja ini kerana ia ada prosesnya tersendiri iaitu apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu dan seterusnya kerja-kerja lain (menyusul),” katanya.

Persidangan DUN Pulau Pinang yang pertama diadakan pada 1 Ogos 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun sepatutnya berakhir 2 Ogos ini.

Pada PRU14, PH memenangi 37 daripada keseluruhan 40 kerusi, termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH, manakala Barisan Nasional (BN) memenangi dua kerusi dan PAS (satu).

Sebelum DUN Pulau Pinang dibubarkan, PH memiliki 33 kerusi, BN (dua), Bersatu (empat) dan PAS satu kerusi.

Selain Pulau Pinang, negeri lain yang akan mengadakan PRN ialah Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam