web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM, TPM Ucap Salam Aidiladha, ‘Semoga Ia Membawa Keberkatan Untuk Rakyat’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 7:07AM

Anwar Ibrahim mengharapkan kehadiran Aidiladha pada tahun ini, membawa seribu keberkatan untuk seluruh rakyat Malaysia - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan kehadiran Aidiladha pada tahun ini, membawa seribu keberkatan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Harapan itu disampaikan Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook.

“Moga kehadiran Hari Raya Aidiladha ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa lillahil hamd,” katanya.

Anwar turut berkongsi aktiviti beliau malam tadi bersempena Aidiladha yang menyaksikannya menyertai majlis takbir raya.

“Alhamdulillah saya berkesempatan menyertai majlis takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut esok (hari ini).

“Bacaan takbir raya dipimpin Imam Masjid Taman Rakan Sungai Long, Tuan Haji Mohd Zamzuri Abu Othman dan disertai ahli jawatankuasa, jemaah masjid serta penduduk setempat.

“Laungan takbir raya ini juga disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM dan laman media sosial dalam meraikan kehadiran hari mulia ini,” katanya.

Selain Perdana Menteri, timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat perutusan sempena Aidiladha di Facebook yang meminta umat Islam meraikan hari istimewa itu dengan bermuhasabah sejauh manakah kesediaan dan semangat mereka untuk berkorban, demi kebaikan ummah.

Ujarnya, nilai bermuhasabah itu sangat berharga di dalam membangunkan masyarakat MADANI.

Malah, bersempena Aidiladha ini, beliau mengajak umat Islam bersama menghayati dan mengambil ibrah dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS kepada Allah SWT.

“Kisah ini menjadi satu manifestasi ketaqwaan seisi keluarga yang mempamerkan ketabahan seorang ayah, kepatuhan seorang anak serta redhanya seorang isteri dan ibu di dalam mentaati perintah Allah SWT,” katanya.

“Refleksikan pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS ini untuk umat Islam di Malaysia jadikan sebagai inspirasi mendekatkan diri dengan Allah SWT, meningkatkan kualiti kehidupan peribadi seorang Muslim dan membina masyarakat lebih mampan ketaqwaannya di dalam berhadapan sebarang cabaran,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid meminta umat Islam mendidik hati untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Mereka juga, katanya, perlu mengamalkan sikap dermawan dan kesederhanaan di dalam membentuk keprihatinan antara satu sama lain agar lahirnya masyarakat harmoni serta sejahtera.

Beliau berkata, umat Islam juga diminta mengikhlaskan hati untuk memaknai erti pengorbanan, perkuatkan ukhwah dan jalinan persaudaraan serta semarakkan rasa kekitaan.

“Semoga Aidiladha yang diraikan ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan kepada kita semua.

“Di kesempatan ini, saya, Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha,” katanya. - Getaran, 29 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hari Raya Aidiladha Disambut Meriah Di Seluruh Negara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran