web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bapa Kepada Murid Tahun 1 Dikurung Dalam Bilik Pengasingan Maafkan Guru

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 8:48PM

Bapa murid Tahun Satu yang diletakkan dalam sebuah bilik pengasingan, sudah menerima penjelasan berhubung insiden terbabit daripada guru yang bertindak demikian dan memaafkannya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bapa kepada murid Tahun Satu yang diletakkan dalam sebuah bilik pengasingan besi, sehingga perkara itu tular di media sosial semalam, sudah menerima penjelasan berhubung insiden terbabit daripada guru yang bertindak demikian dan memaafkannya.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Mohamad berkata, satu perjumpaan diadakan pada jam 9 pagi hari ini berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, perjumpaan itu membabitkan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Rembau, pihak sekolah, keluarga murid terbabit dan anggota polis.

“Hasil perjumpaan terbabit, bapa mangsa sudah menerima penjelasan guru itu dengan baik dan memaafkannya.

“Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, tiada laporan polis diterima pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau berkaitan kejadian terbabit,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Getaran melaporkan, seorang bapa berang dan kecewa apabila anaknya yang baharu berusia tujuh tahun diletakkan guru dalam sebuah bilik pengasingan besi umpama ‘kandang’ hanya kerana didakwa nakal di kelas.

Perkara itu didedahkan seorang individu yang juga bapa kepada rakan pelajar terbabit di Twitter yang turut terkejut dan sedih dengan tindakan guru berkenaan.

“Allahuakbar. Apa ni ek (ya), sampai kena kurung budak darjah satu kat dalam pagar besi.

“Siap ada TB (kotak elektrik) punya box tu, kot kalau budak tu buat main benda tu... Macam mana sekalipun tu budak dariah satu, cikgu jangan la ambil tindakkan di luar batasan,” tulisnya.

Menerusi perkongsiannya, individu itu memaparkan tangkap layar perbualan antara bapa kepada pelajar terbabit di Whatsapp kelas yang memberikan gambar bilik pengasingan berkenaan dan bertanya benarkah anaknya dikurung di situ.

“Salam, betul ke anak saya diletakkan di dalam bilik berjaring untuk pengasingan?

“Tak ada yang jawab ke? Kejap saya ke sekolah. Saya nak jumpa cikgu dan guru besar,” kata bapa terbabit.

Pertanyaan itu kemudian dijawab seorang guru yang mengakui sememangnya dia yang berbuat demikian.

“Ya tuan, memang saya yang letakkan,” akui guru terbabit sebelum bapa pelajar terbabit mengatakan akan bertemunya di sekolah.

Selain itu, Hazri berkata, terdahulu, pihaknya mengambil maklum berkaitan isu tular berkenaan dan hasil siasatan IPD Rembau melalui pegawai perhubungan sekolah (PPS), cawangan khas dan ketua polis balai Kota mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 8.30 pagi semalam di Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja, Kota, Rambau, Negeri Sembilan.

Kes itu, katanya, membabitkan seorang guru lelaki berumur 43 tahun mendenda mangsa dengan mengurungnya di ruangan besi kerana kesalahan displin.

Beliau berkata, ruangan itu adalah tempat pameran persatuan pencegahan dadah sekolah.

Menurutnya, pihak polis menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak sahih, sehingga boleh menggugat ketenteraman awam.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak polis mengalu-alukan orang ramai untuk sentiasa membantu dalam menyalurkan maklumat.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan IPD Rembau di talian 06-6851999,” katanya. – Getaran, 28 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Kisah Seorang Bapa: Inspirasi Dan Legasi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bersemangat Betul Tengok Konsert Anak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan