web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPDN Sita 170 Botol Susu Kacang Soya Guna Logo Halal Palsu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 7:25AM

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1,182.50, manakala seorang lelaki berumur 58 tahun yang dipercayai pemilik perniagaan ditahan untuk siasatan lanjut - Gambar ihsan KPDN Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak menerusi KPDN Teluk Intan menyita 170 botol susu kacang soya dan 4,300 unit label yang mempunyai logo halal tanpa perakuan dan kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Pejabat KPDN Perak Mohamed Aznanshah Khalid berkata nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1,182.50, manakala seorang lelaki berumur 58 tahun yang dipercayai pemilik perniagaan ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut Mohamed Aznanshah, tindakan itu dilaksanakan menerusi satu operasi bersepadu bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak dan Majlis Perbandaran Teluk Intan melibatkan pemeriksaan penggunaan logo halal palsu di sebuah premis kediaman yang diubah suai sebagai tempat memproses makanan dan minuman di kawasan Hutan Melintang, Teluk Intan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi tadi di premis berkenaan mendapati terdapat susu kacang soya yang telah siap diproses dan dibotolkan serta disyaki menggunakan logo halal palsu bertujuan diedarkan ke premis perniagaan runcit di sekitar Teluk Intan. 

"Premis kediaman tersebut disyaki beroperasi menggunakan logo halal tanpa perakuan dan kebenaran daripada pihak JAKIM.

“Semakan awal Bahagian Pensijilan Halal, Jabatan Agama Islam Ipoh turut mengesahkan bahawa premis ini tidak diberikan sebarang pensijilan atau kebenaran untuk menggunakan logo halal pada produknya," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Justeru, Mohamed Aznanshah berkata kes disiasat di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi perseorangan atau individu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad