web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Tahun 1 Dikurung Dalam Bilik Pengasingan Umpama ‘Kandang’, KPM Akan Siasat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 7:09AM

Tindakan terbabit dikenakan kerana murid berkenaan dikatakan bergurau dalam kelas dan membuat bising, selain menarik seluar rakan - Gambar Facebook Maizun Mastura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Luluh hati seorang bapa apabila anaknya yang baharu berusia tujuh tahun diletakkan guru dalam sebuah bilik pengasingan besi umpama ‘kandang’ hanya kerana didakwa nakal di kelas.

Perkara itu didedahkan seorang individu yang juga bapa kepada rakan pelajar terbabit di Twitter yang turut terkejut dan sedih dengan tindakan guru berkenaan, sebelum ia tular di media sosial sejak semalam.

“Allahuakbar. Apa ni ek (ya), sampai kena kurung budak darjah satu kat dalam pagar besi.

“Siap ada TB (kotak elektrik) punya box tu, kot kalau budak tu buat main benda tu... Macam mana sekalipun tu budak dariah satu, cikgu jangan la ambil tindakkan di luar batasan,” tulisnya.

Menerusi perkongsiannya, individu itu memaparkan tangkap layar perbualan antara bapa kepada pelajar terbabit di Whatsapp kelas yang memberikan gambar bilik pengasingan berkenaan dan bertanya benarkah anaknya dikurung di situ.

“Salam, betul ke anak saya diletakkan di dalam bilik berjaring untuk pengasingan?

“Tak ada yang jawab ke? Kejap saya ke sekolah. Saya nak jumpa cikgu dan guru besar,” kata bapa terbabit.

Pertanyaan itu kemudian dijawab seorang guru yang mengakui sememangnya dia yang berbuat demikian.

“Ya tuan, memang saya yang letakkan,” akui guru terbabit sebelum bapa pelajar terbabit mengatakan akan bertemunya di sekolah.

Sementara itu, mStar melaporkan bahawa individu yang memuat naik ciapan berkenaan mendakwa, kejadian terbabit berlaku di sebuah sekolah rendah di Rembau, Negeri Sembilan, semalam.

Hanya mahu dikenali sebagai Azuan, 30, dia berkata, kejadian itu didakwa membabitkan seorang murid lelaki yang juga rakan sekelas anaknya.

Katanya, menerusi kumpulan WhatsApp itu, dimaklumkan tindakan terbabit dikenakan kerana murid berkenaan bergurau dalam kelas dan membuat bising, selain menarik seluar rakan.

Namun, bapa tiga anak itu berpendapat, walaupun kanak-kanak terbabit nakal, tindakan dikenakan guru berkenaan adalah tidak wajar, terutama kerana dia masih kecil.

“Tindakan kurung itu tidak wajar, budak tu baru darjah satu, umur tujuh tahun. Mereka masih kecil, tak tahu apa-apa lagi.

“Memang pada usia mereka tu kadang-kadang nakal, tak patut dibuat begitu (kurung). Ada cara lain yang lebih wajar,”.

Dia berkata, sekiranya insiden itu terjadi kepada anaknya, pastinya dia turut marah dan akan membawa perkara berkenaan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Mengulas lanjut, Azuan memaklumkan, anak lelakinya pernah mengalami situasi tidak suka ke sekolah selepas seminggu pembukaan sesi persekolahan 2023.

Ujarnya, sejak masuk ke tahun satu, anaknya tidak ceria dan kurang berminat ke sekolah, berbeza ketika dia di tadika.

Berkemungkinan situasi itu, katanya, disebabkan anaknya pernah terlihat rakan dikenakan tindakan terbabit.

“Selepas kejadian hari ini, saya syak anak saya takut ke sekolah disebabkan hal itu.

“Jika kejadian kurung ini benar, saya gesa cikgu berkenaan dikenakan tindakan tegas sebab tindakannya itu tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, beliau akan menyiasat terlebih dahulu insiden terbabit

“Saya akan periksa dahulu,” kata Fadhlina ringkas kepada FMT. – Getaran, 28 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 33 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar