web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MPKB Diminta Tarik Balik Kompaun Kepada Wanita Bukan Islam Berseluar Pendek

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 2:16PM

Nga Kor Ming - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) digesa menarik balik kompaun dikeluarkan kepada seorang wanita bukan Islam kerana memakai seluar pendek di premis perniagaannya sendiri, kata Menteri Kemajuan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Kor Ming berkata, beliau sudah meminta MPKB untuk tidak ‘menyalahgunakan’ kuasanya dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan kerana Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.

“Ini kerana pekedai bukan Islam di premisnya sendiri, jadi adalah haknya untuk memakai seperti yang dia mahu,” katanya selepas satu acara di Cyberjaya hari ini, seperti dilaporkan New Straits Times.

Beliau berkata, selain meminta MPKB menarik balik denda dikenakan ke atas wanita itu, beliau juga memberitahu pimpinan PAS yang mentadbir Kelantan supaya berbuat demikian.

“Isu ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat bukan Islam,” tambah Nga.

Menerusi Twitter, Nga turut menyatakan beliau tidak bersetuju dengan kompaun itu dengan memuat naik artikel Sin Chew Daily mengenai temu bualnya yang menegaskan MPKB menyalahgunakan kuasa.

Semalam, Yang Dipertua MPKB Rosnazli Amin mengesahkan kepada NST bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, mengeluarkan kompaun kepada wanita terbabit pada 25 Jun semasa pemeriksaan di premis perniagaan kerana dia didapati memakai seluar pendek.

Dia dikenakan denda kerana ia disifatkan sebagai satu kesalahan di bawah undang-undang kecil majlis tempatan mengenai pakaian tidak senonoh di tempat awam.

Perkara itu terbongkar apabila gambar kompaun berkenaan tular di media sosial, sehingga mencetuskan kritikan daripada beberapa pengguna media sosial, memandangkan Kelantan pimpinan PAS sentiasa menegaskan bahawa undang-undang kecil yang diilhamkan syariah tidak akan menjejaskan orang bukan Islam. – The Vibes, 27 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan