web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi HRAA Fokus Advokasi Kepentingan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 9:25PM

Sasaran utama kempen pada kali ini adalah lebih tertumpu kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak memandangkan kempen ini memfokuskan kepada kerusi keselamatan kanak-kanak dan pemakaian tali pinggang keledar - Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK - Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2023 menumpukan kepada kepentingan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak CRS), kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau berkata inisiatif tersebut susulan statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia mendapati sebanyak 1,252 kes kematian melibatkan kanak-kanak  berusia 10 tahun dan ke bawah direkodkan dari tahun 2012 sehingga 2021.

Menurutnya, menyedari senario itu, Jabatan Pengangkutan Jalan mengambil serius isu tersebut yang perlu  ditangani dan penguatkuasaan dijalankan secara advokasi kepada pemandu yang tidak meletakkan kanak-kanak di kerusi keselamatan.  

"Sasaran utama kempen pada kali ini adalah lebih tertumpu kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak memandangkan kempen ini memfokuskan kepada kerusi keselamatan kanak-kanak dan pemakaian tali pinggang keledar.

"Kita harap kempen pada kali ini dapat memberi kesedaran khususnya kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil mengenai pentingnya penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak tanpa mengira jarak sesuatu perjalanan kepada pengguna jalan raya khususnya, sekali gus dapat mengurangkan kadar kematian yang berpunca daripada kemalangan di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan risalah keselamatan kepada pengguna pada Kempen Keselamatan Jalan Raya dan HRAA 2023 di Plaza Tol Gombak di sini, hari ini.

Ketika menyampaikan risalah tersebut, Hasbi turut meluahkan kebimbangannya apabila terdapat kanak-kanak yang tidak diletakkan dalam kerusi keselamatan kerana khuatir jika berlaku brek kecemasan atau kemalangan, kanak-kanak itu berisiko untuk cedera.

Bagaimanapun, Hasbi berkata kerajaan memahami masalah yang ditanggung pengguna untuk mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak dan akan terus melakukan fasa advokasi sebelum menguatkuasakan peraturan itu dilaksanakan.

Sementara itu, operasi HRAA yang bermula esok (27 Jun) dan 28 Jun serta 1 hingga 2 Julai turut memfokuskan kepada sembilan kesalahan iaitu memandu melebihi had laju, gagal mematuhi peraturan lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memandu kenderaan berat di lorong laju, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan terlebih muatan.

Hasbi berkata operasi HRAA turut memberi fokus kepada penunggang atau pembonceng motosikal selain melaksanakan strategi penguatkuasaan menerusi  aktiviti penyamaran dan pemeriksaan bas yang melibatkan 28 terminal bas utama di seluruh negara. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 39 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad