web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Keterangan Tunjuk Rozman Buat Keputusan Lantik LLPM Sebagai Operator - Hakim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 6:30PM

Rozman Isli - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli membuat keputusan atau mengambil sebarang tindakan untuk memastikan hanya syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM) yang akan dilantik sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan.

Hakim Rozina Ayob dalam penghakimannya berkata terdapat keterangan daripada saksi pendakwaan bahawa mesyuarat Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) tidak mahu LLPM diberi harapan dilantik sebagai operator.

"Malah menurut keterangan SP17 iaitu pengarah syarikat LLPM, syarikat itu gagal dilantik bagi tender 2017 dan 2019. Bagaimanapun, syarikat itu meneruskan operasi di terminal pelabuhan tersebut hanyalah atas dasar membayar sewa perkhidmatan (bermula hujung November 2017) hingga Mac 2020," katanya.

Beliau berkata mahkamah juga mendapati keputusan mesyuarat LPL pada 4 Jan dan 21 Mac 2018 telah dibuat secara kolektif dan bukannya keputusan Rozman yang memutuskan untuk menangguhkan pelantikan LLPM sebagai operator.

"Malah mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Wee Jeck Seng selaku Pengerusi LPL (ketika itu) yang mempunyai kuasa tertinggi dalam struktur perlembagaan LPL pada masa material," katanya.

Rozina, yang melepas dan membebaskan Rozman, 59, daripada pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak pekerjaan bagi syarikat LLPM, berkata kegagalan pendakwaan memanggil Wee yang mempunyai kuasa tertinggi dalam struktur LPL untuk memberi keterangan telah mencetus isu pemakaian anggapan.

“Ini kerana tanpa keterangan beliau, persoalan berkenaan isu pengaruh pandangan tertuduh dalam mencapai keputusan yang dibuat oleh mesyuarat LPL masih tidak terjawab.

“Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh bukanlah kuasa tertinggi dalam LPL dan bukan individu yang mempengerusikan mesyuarat LPL. Ini menunjukkan terdapat kelompangan pada naratif kes pendakwaan,” katanya.

Hakim itu juga berkata pada 21 Mac 2018, keputusan mesyuarat LPL hanya untuk menangguhkan pelantikan operator baharu sehingga tarikh operator pelabuhan diadakan dan diwartakan namun tiada pelantikan operator dermaga pelabuhan telah dibuat pada tarikh berkenaan.

“Dakwaan adanya lantikan operator dermaga pelabuhan yang merupakan subjek asas pertuduhan adalah tidak berasas dan gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan," katanya.

Rozina berkata pihak pendakwaan juga gagal membuktikan asas bahawa tertuduh telah membuat dan meminta untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap syarikat LLPM sebagai operator.

"Sebaliknya terdapat keterangan yang bertentangan dengan pertuduhan dihadapi tertuduh kerana saksi pendakwaan menyatakan bahawa antara lain dalam mesyuarat LPL, tertuduh memaklumkan syarikat LP Multi Terminal Sdn Bhd adalah yang paling berpotensi untuk dilantik sebagai operator dan bukan LLPM,” katanya.

Rozman, yang juga Ketua Bahagian Parti Warisan Labuan ketika ditemui pemberita selepas prosiding, menzahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah hari ini serta mengucapkan terima kasih kepada pihak peguam, ahli keluarga dan rakan yang terus memberi sokongan kepada beliau.

"Alhamdulilah… syukur kepada Allah, sejak awal saya menyatakan saya memang tidak bersalah dan apabila saya dituduh, saya serahkan kepada mahkamah untuk melaksanakan prosesnya selain yakin dengan mahkamah. Alhamdulillah… hari ini terbukti keputusan adil telah dilaksanakan," katanya yang kelihatan tenang dan gembira.

Beliau didakwa telah menggunakan kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi LPL untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Prosiding hari ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi manakala Rozman diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad