web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Bukan Islam Berseluar Pendek Di Kelantan Dikompaun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 12:44PM

Gambar kompaun ini telah dikongsi secara meluas di media sosial. - Gambar dari Twitter @sitikasim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita bukan Islam yang juga pemilik kedai pakaian berusia 35 tahun berdepan kompaun ketika pemeriksaan mengejut dijalankan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB).

Perkara itu disahkan akhbar New Straits Times (NST) dengan MPKB, selepas gambar kompaun terbabit dikongsi secara meluas di media sosial, menunjukkan bahawa individu berkenaan adalah individu bukan Islam.

Justeru, ia mencetuskan perdebatan dalam kalangan segelintir pengguna media sosial, memandangkan Kelantan yang ditadbir PAS, sentiasa mengatakan bahawa undang-undang kecil di bawah syariah tidak akan menjejaskan orang bukan Islam.

Menerusi laporannya, NST memetik kenyataan Presiden MPKB, Rosnazli Amin sebagai berkata, pegawai majlis itu mengeluarkan kompaun kepada wanita terbabit apabila mereka memeriksa kedainya di Jalan Merbau, Kota Bahru.

Katanya, wanita itu diberi kompaun kerana didapati memakai seluar pendek ‘di tempat awam’.

Tambahnya, kompaun itu dikeluarkan atas kesalahan di bawah Undang-undang Kecil 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perindustrian Majlis 2019.

Rosnazli juga dilapor mempertahankan undang-undang kecil itu yang menurutnya sudah berkuat kuasa sejak sekian lama dan difahami semua, termasuk bukan Islam.

Terdahulu, peguam dan aktivis hak asasi manusia, Siti Kasim yang memuat naik ciapan memaparkan gambar kompaun itu mengatakan, orang ramai tidak sepatutnya mempercayai apabila dimaklumkan bahawa peraturan berasaskan syariah tidak akan menjejaskan orang bukan Islam.

“Percayalah dengan risiko yang akan anda alami sendiri,” ciapnya. – The Vibes, 26 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad