web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaji Semula Sistem Pembelajaran, Hidupkan Suasana Ala Universiti Untuk Pelajar Tingkatan 6

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 7:11AM

Pakar pendidikan berpendapat KPM perlu melaksanakan sistem pembelajaran ala universiti kepada pelajar Tingkatan Enam bagi memastikan penjenamaan semula golongan pelajar berkenaan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Sistem pembelajaran ala universiti perlu dipraktikkan untuk pelajar Tingkatan Enam, bagi memastikan penjenamaan semula yang dilakukan Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap golongan itu seiring dengan dasar transformasi pendidikan negara.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Mohd Syaubari Othman berkata, perubahan sistem terbabit membolehkan pelajar menguasai ilmu atau silibus, seiring dengan apa yang akan dipelajari di universiti.

Menurut beliau, ia juga dilihat berupaya melahirkan sikap kepimpinan yang mendukung aspirasi negara, berorientasikan pembentukan keupayaan intelek berasaskan pengkhususan, penghasilan nilai kepimpinan dan kemahiran insaniah tinggi.

“Penambahbaikan yang boleh dilaksanakan KPM misalnya penjadualan waktu pembelajaran seperti di peringkat institut pengajian tinggi (IPT), memandangkan pada waktu ini sistem yang dilaksanakan masih sama seperti di sekolah.

“Anjakan perubahan itu penting agar ia seiring dengan usaha KPM untuk menjenamakan semula pengajian di peringkat ini, supaya selari dengan perubahan yang berlaku dalam transformasi pendidikan,” katanya kepada Getaran.

Bagi membentuk semangat kepimpinan, Mohd Syaubari berpandangan, terdapat keperluan untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditubuhkan buat pelajar Tingkatan Enam bagi mematangkan mereka membuat keputusan, kreatif mengendali aktiviti serta mahir berinteraksi dengan komuniti luar.

Mohd Syaubari berkata  jika sebelum ini ramai pelajar tidak berminat atau beranggapan Tingkatan Enam sebagai susah, hal sedemikian mungkin tidak lagi terjadi berdasarkan peluang lebih luas untuk lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), termasuk mampu menjadi tiket menyambung pengajian ke luar negara.
Mohd Syaubari berkata jika sebelum ini ramai pelajar tidak berminat atau beranggapan Tingkatan Enam sebagai susah, hal sedemikian mungkin tidak lagi terjadi berdasarkan peluang lebih luas untuk lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), termasuk mampu menjadi tiket menyambung pengajian ke luar negara.

Jelasnya, kemudahan infrastruktur seperti bilik kuliah, makmal pembelajaran, perpustakaan, makmal komputer serta kemudahan internet perlu diperkasakan agar ia setaraf dengan apa yang dimiliki oleh IPT di Malaysia.

“Pada masa sama, perlu ada pendedahan yang berterusan dari aspek kandungan pedagogi pembelajaran, pengetahuan digital serta pembangunan kurikulum berorientasikan nilai intelektual dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar, berasaskan ledakan pembelajaran abad ke 21.

“Situasi terbabit berkait rapat dengan sesetengah Kolej Tingkatan Enam (KTE) yang masih terikat dengan pembudayaan kepimpinan, sama ada di peringkat pentadbiran kolej atau kepimpinan pelajar,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Syaubari berkata, amat penting untuk menstrukturkan semula STPM selari dengan A-Level kerana ia diyakini mampu menyediakan kepelbagaian pengetahuan yang mendalam, memandangkan kandungan pembelajarannya lebih terperinci dan berfokus.

"Apa yang perlu difahami pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Tingkatan Enam itu sendiri, A-Level adalah program yang dilaksanakan untuk pra universiti. Ia memang ditawarkan di Malaysia berdasarkan kerangka sistem pendidikan di UK atau GCE Advanced Level. Umumnya pelajar diberikan pilihan untuk mengambil kursus ini selepas menamatkan SPM dan sebelum mengikuti kursus di universiti.

“Sehubungan itu, jika sebelum ini ramai pelajar tidak berminat atau beranggapan Tingkatan Enam sebagai susah, hal sedemikian mungkin tidak lagi terjadi berdasarkan peluang lebih luas untuk lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), termasuk mampu menjadi tiket menyambung pengajian ke luar negara,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terlalu terikat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan.

Beliau berkata, suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pasca sekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.

Mengulas mengenai cadangan untuk menukar kurikulum Tingkatan Enam kepada kaedah semester, Anwar berkata, perkara tersebut harus dibincangkan oleh kumpulan  pendidikan tetapi pada masa sama, mengambil kira penyertaan atau pandangan guru dan pelajar.

Alimuddin Mohd Dom
Alimuddin Mohd Dom

Dalam pada itu, Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom turut senada dengan Mohd Syaubari agar kaedah ala universiti dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan Enam, dengan mewujudkan pelbagai panduan kepada guru seperti kaedah mengajar, memberikan tugasan berkumpulan, kerja lapangan dan kuiz.

“Sistem peraturan bagi Tingkatan Enam sememangnya ada perbezaan iaitu dari segi kaedah pembelajaran dan etika pemakaian sewaktu di sekolah. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan demi memastikan pelajar sama sekali tidak terikat dengan sistem pembelajaran yang sama digunakan sewaktu mereka di bangku sekolah menengah.

“Ia kerana kaedah diterapkan adalah berbeza, seperti kalau dilihat pelajar Tingkatan Enam juga tidak perlu memakai pakaian seragam seperti murid-murid di sekolah menengah.  Seperti yang kita tahu golongan itu umpama sudah selangkah ke universiti, maka tidak perlu hadkan cara pemakaian mereka lagi.

“Justeru, setiap pelajar dinasihatkan supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada sebagai persediaan awal, sekiranya mereka akan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon pula berpendapat wujud keperluan untuk Tingkatan Enam diasingkan dengan sistem pendidikan aliran perdana dengan mendirikan lebih banyak KTE di seluruh negara.

Menurut beliau, selain merancakkan lagi kolej khas itu, sistem pembelajaran seperti peraturan, silibus pelajaran bagi pelajar Tingkatan Enam perlu dikaji semula untuk ditambah baik, sesuai dengan tahapnya sebagai pasca sekolah.

"Sistem pembelajaran mereka juga dicadangkan selari dengan universiti seperti sistem semester, kaedah pengajaran dan pembelajaran," katanya

“Dengan menubuhkan lebih banyak kolej khas seperti ini dapat memusatkan semua pelajar Tingkatan Enam, sekali gus memudahkan dari segi pengurusan, pembelajaran dan penempatan guru,” katanya.

Jelasnya, ia juga dapat menarik minat pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan Enam kerana tidak dikaitkan dengan suasana dan peraturan sekolah.

"Mengambil kolej Matrikulasi sebagai contoh, ramai pelajar berebut untuk masuk ke kolej itu kerana adanya kolej dan jenama. Jadi kalau Tingkatan Enam ada kolej sendiri ia dapat menarik minat dan juga jenama kepada pelajar lepasan SPM.

“NUTP menghargai saranan Perdana Menteri agar Tingkatan Enam diberi sedikit kelonggaran, namun kita berharap kolej Tingkatan Enam dapat direalisasikan oleh KPM, seperti mana (tertubuhnya) Kolej Matrikulasi,” katanya," - Getaran, 26 Jun 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad