Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Di Rusia, Armenia, Belarus Dinasihat Berwaspada

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 11:26AM

Bagi rakyat Malaysia yang merancang untuk pergi ke Rusia, mereka dinasihatkan untuk menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting, sehingga keadaan bertambah baik. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia dan Belarus dinasihatkan supaya terus berwaspada susulan pengisytiharan operasi memerangi pengganas (CTO) di Moscow dan wilayahnya pada Sabtu.

Kedutaan Malaysia di Rusia dalam satu kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Twitter menggesa rakyat Malaysia di ketiga-tiga negara itu mendaftar atau mengemas kini maklumat terkini mereka kepada kedutaan melalui e-mel ([email protected]) dan nombor telefon; +7 (495) 419 9898/99 atau +7 (906) 746 1333 (pegawai bertugas).

“Pendaftaran adalah penting untuk memastikan maklumat yang berkaitan dan kemas kini daripada Kedutaan/Kerajaan Malaysia dapat disampaikan dengan efektif dan seefisien mungkin.

“Kedutaan sedang memantau dengan teliti situasi semasa di negara ini dan menggesa semua rakyat Malaysia, khususnya pelajar di Moscow, Kursk, St. Petersburg dan Volgograd supaya sentiasa berwaspada dan bertenang, mengehadkan pergerakan di luar rumah, mengelakkan kawasan sesak, sentiasa membawa dokumen peribadi (termasuk pasport) dan memastikan dokumen perjalanan adalah sah dan mudah diakses.

“Bagi rakyat Malaysia yang merancang untuk pergi ke Rusia, mereka dinasihatkan untuk menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting, sehingga keadaan bertambah baik,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata menerusi ciapan di Twitternya, “Kementerian memantau dengan teliti situasi di Rusia susulan pergolakan yang disebabkan pemberontakan bersenjata. 

“Kedutaan sedang berhubung rapat dengan semua 755 rakyat Malaysia yang berdaftar dan meminta mereka bertenang, mengambil langkah berjaga-jaga dan kekal berada di dalam rumah.”

Ketegangan semakin memuncak di Rusia selepas kumpulan upahan Wagner, yang diketuai Yevgeny Prigozhin, juga pernah menjadi sekutu rapat Presiden Rusia Vladimir Putin, melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan tentera Rusia.

Prigozhin berkata pejuangnya akan mara ke Moscow, mendorong Kremlin meningkatkan langkah keselamatan merentasi pelbagai wilayah di negara itu, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu.

Dalam perkembangan terbaharu, Prigozhin kemudian mendakwa pejuangnya memutuskan untuk berundur bagi mengelakkan pertumpahan darah ketika mereka berada kira-kira 200 kilometer (124 batu) dari Moscow,  manakala Presiden Belarus Alexander Lukashenko berkata beliau mengadakan perbincangan dengan ketua Wagner dengan persetujuan Putin, dan Prigozhin menerima perjanjian untuk “mengendurkan ketegangan.” - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Kenal Pasti Pemilik Akaun Media Sosial Berhubung Kejadian Simbah Asid

Politik 8 jam yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sukan 1 hari yang lalu

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak