web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembekuan Permit Pindahan Padi Ke Luar Negeri Bersifat Sementara, Pastikan Bekalan Beras Stabil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 8:02PM

KPKM memaklumkan jika terdapat keperluan Pelesen Membeli Padi untuk menjual padi di luar negeri, permohonan boleh dibuat di pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) negeri untuk pertimbangan dan kelulusan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembekuan permohonan permit pindahan padi ke luar negeri berkuat kuasa 20 Jun lalu hanyalah langkah intervensi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang bersifat sementara bagi memastikan bekalan beras di pasaran negara kekal stabil.

KPKM menerusi satu kenyataan memaklumkan, bagaimanapun sekiranya terdapat keperluan Pelesen Membeli Padi untuk menjual padi di luar negeri, permohonan boleh dibuat di pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) negeri untuk pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarahnya.

“Permohonan tersebut akan diteliti dan dipertimbangkan oleh KPKM secara kes demi kes,” katanya.

Pada masa sama, KPKM berkata, arahan tersebut hanya melibatkan permohonan permit pindahan padi oleh Pelesen Membeli Padi, manakala petani masih boleh menjual hasil padi mereka di mana-mana kilang termasuk kilang di negeri lain.

“Keputusan KPKM mengambilkira kepentingan dan hak petani,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, petani hanya perlu memohon permit pindahan padi daripada pejabat KPB negeri berkenaan sekiranya ingin menjual padi ke kilang luar negeri.

“Sesi libat urus bersama pihak berkepentingan akan diadakan bagi memperjelaskan isu berbangkit untuk memastikan bekalan beras tempatan sentiasa stabil di pasaran dengan harga yang dikawal sebagai pilihan beras yang murah kepada pengguna,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak, Datuk Sham Mat Sahat menggesa Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras KPKM untuk menarik semula surat pekeliling yang melarang pesawah di negeri itu menjual padi ke negeri lain.

Dakwanya, pekeliling bertarikh 20 Jun lalu boleh memberi kesan dan merugikan pesawah.

“Tindakan itu akan menyebabkan pengilang swasta membeli padi dengan harga yang murah dan mengenakan kadar potongan yang tinggi.

“Mereka itu (pengilang) pasti akan mengambil kesempatan ke atas pesawah-pesawah di Perak,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya larangan penjualan itu diteruskan ia akan menyebabkan pesawah di Perak mengalami kerugian. – Getaran, 24 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan