web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Pembangunan Kejiranan MADANI WPKL Bantu Rakyat Miliki Kediaman Sendiri - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 10:17PM

Anwar Ibrahim di Sesi Temu Mesra Perdana Menteri bersama pemilik rumah mampu milik WPKL hari ini - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperkenalkan lima projek pembangunan Kejiranan MADANI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua projek itu yang akan dibangunkan pada tahun ini memberi peluang kepada golongan M40 dan B40 serta golongan belia memiliki rumah dengan harga antara RM150,000 hingga RM200,000.

“Kesemua projek kediaman ini memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air serta turut disediakan satu tempat letak kereta dengan keluasan sekurang-kurangnya 700 kaki persegi,” katanya pada Sesi Temu Mesra Perdana Menteri bersama pemilik rumah mampu milik WPKL di sini hari ini. 

Lima projek yang akan dibangunkan itu melibatkan Residensi Prihatin MADANI, Residensi MADANI, Residensi Sejahtera MADANI, Rumah Majlis MADANI dan Rumah Ihsan MADANI.

Anwar berkata pembangunan Residensi Prihatin MADANI disasarkan kepada golongan rakyat M40 yang berpendapatan seisi rumah RM7,000 sebulan ke bawah dan unit yang akan ditawarkan berkeluasan 800 kaki persegi dengan nilai jualan RM200,000 seunit.

Bagi pembangunan Residensi MADANI pula disasarkan kepada golongan rakyat B40 yang berpendapatan seisi rumah RM5,000 sebulan ke bawah dengan unit yang ditawarkan berkeluasan 750 kaki persegi dengan nilai jualan RM180,000 seunit. 

Selain itu pembangunan Residensi Sejahtera MADANI disediakan bagi golongan bujang atau belia yang baru bekerja serta pasangan muda yang baru berkahwin. 

"Perumahan ini disasarkan kepada mereka  yang berusia di antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan seisi rumah RM4,000 sebulan, ditawarkan untuk membeli rumah berharga RM150,000 seunit dengan keluasan 700 kaki persegi," katanya.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan tetap menyediakan perumahan untuk tujuan sewaan bagi kumpulan yang berpendapatan rendah dan tidak mampu membeli rumah untuk didiami. 

"Terdapat dua skim yang diperkenalkan iaitu Rumah Majlis MADANI yang disasarkan kepada golongan M40 dan B40 yang tidak mampu memiliki rumah melalui kadar sewa RM600 sebulan untuk lima tahun.

Manakala Rumah Ihsan MADANI pula disasarkan kepada B40 dan rentan miskin di ibu kota dengan kadar sewa RM300 sebulan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad