web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Kekurangan Doktor, Pegawai Perubatan Ditempatkan Berperingkat Mulai Julai - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 5:19PM

Dr Zaliha Mustafa berkata, seramai 675 pegawai perubatan akan diagihkan segera mulai Julai, diikuti dengan seramai 1,150 pegawai lagi pada Ogos depan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menempatkan pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah secara berperingkat bermula bulan depan bagi menangani isu kekurangan doktor di fasiliti kesihatan tertentu.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, berdasarkan rekod KKM, seramai 3,226 pegawai perubatan akan menamatkan latihan siswazah atau khidmat wajib secara berperingkat mulai Jun hingga Disember ini.

Justeru katanya, seramai 675 pegawai perubatan akan diagihkan segera mulai Julai, diikuti dengan seramai 1,150 pegawai lagi pada Ogos depan.

“Urusan seterusnya akan dilaksanakan sebaik sahaja pegawai menamatkan latihan atau khidmat wajib.

“Sejajar dengan konsep Malaysia Madani, KKM sentiasa prihatin terhadap kelangsungan dan kesinambungan perkhidmatan di semua fasiliti kesihatan agar penyampaian perkhidmatan kesihatan dapat diberikan secara cekap dan berkesan demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, seramai 4,914 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), selaras dengan kekosongan jawatan pada 2023.

Katanya, jumlah itu merangkumi 4,263 pegawai perubatan, 335 pegawai pergigian dan 316 pegawai farmasi.

“Daripada jumlah itu, seramai 4,907 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak telah melengkapkan urusan setuju terima melalui Sistem Tawaran Pelantikan Tetap (mySTP) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Sementara itu, tujuh pegawai perubatan menolak pelantikan tetap tersebut. Bagi pegawai perubatan, hingga pelaksanaan Fasa 4, seramai 3,405 daripada pegawai memilih penempatan,” katanya.

Jelas Dr Zaliha lagi, berdasarkan perjawatan yang disediakan bagi Fasa 1 hingga Fasa 4, kesemua jawatan tetap di Semenanjung Malaysia telah dipilih sepenuhnya, manakala masih terdapat kekosongan jawatan di Sabah dan Sarawak yang tidak dipilih oleh pegawai.

Susulan itu katanya, kesemua kekosongan jawatan ini akan ditawarkan kepada calon simpanan.

“Dalam urusan pengambilan tetap pada kali ini, KKM menerima lebih 1,000 rayuan daripada pegawai untuk dikekalkan di penempatan semasa.

“Antara alasan yang diberikan adalah pegawai menghadapi masalah kesihatan diri dan keluarga, tidak bersetuju untuk berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Labuan, penempatan menyebabkan pegawai terpaksa tinggal berjauhan dengan pasangan dan pegawai akan atau memulakan pengajian kepakaran,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan pengambilan tetap ini akan menyebabkan pegawai lantikan kontrak (yang tidak disandarkan atas jawatan sebelum ini) perlu mengisi perjawatan tetap mengikut waran perjawatan berkuat kuasa.

Katanya, KKM menjangkakan akan berlaku kekurangan pegawai buat sementara di fasiliti kesihatan tertentu susulan pelaksanaan urusan tersebut. – Getaran, 23 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam