web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Industri Perlu Terus Cari Jalan Perbaiki Amalan Lestari - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 7:10AM

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak industri perlu terus memperbaiki amalan lestari mereka ke arah mendukung ekonomi hijau, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. 

Beliau berkata industri juga boleh mendapat manfaat dengan mempromosikan amalan lestari seperti inovasi dalam proses pengeluaran dan penggunaan tenaga secara berkesan, yang boleh mengurangkan kos perniagaan sambil menjaga alam sekitar. 

“Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan industri-industri untuk meningkatkan pemuliharaan alam sekitar termasuk pembiayaan untuk mempromosi penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi hijau, program latihan dan insentif untuk mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar. 

Tetapi kami juga sedar akhirnya jalan terbaik untuk melangkah ke hadapan, adalah bagi perniagaan dan industri  untuk menyedari sendiri bahawa kelestarian adalah langkah kemajuan,” beliau berkata dalam ucapan perasmian pada Majlis Penyampaian Anugerah Bunga Raya Perdana Menteri (PMHA) di sini semalam. 

Tambahan pula, beliau berkata institusi seperti PMHA adalah sebuah platform penting untuk mengiktraf kepatuhan pemain industri terutamanya sektor awam di atas  usaha mereka ke arah amalan terbaik dan kelestarian.

Mengulas tentang penyampaian anugerah itu, Nik Nazmi berkata anugerah itu akan menjadi inspirasi kepada semua industri untuk terus berusaha ke arah kelestarian alam sekitar.

“Saya ingin mengucapkan tahniah lagi kepada penerima PMHA 2021/2022. Semoga ini merupakan permulaan kepada perkara yang lebih baik untuk anda semua dalam perjalanan menuju kelestarian. 

Saya yakin pencapaian luar biasa syarikat-syarikat ini akan memberikan inspirasi kepada yang lain untuk berjaya seperti mereka demi kebaikan negara dan planet yang kita sayangi,” katanya.  

Pada majlis itu, Bakun Hydro Power Generation memperoleh anugerah tertinggi, Piala Cabaran dalam PMHA 2021/2022 yang disampaikan Nik Nazmi. 

Sejumlah 22 syarikat juga memperoleh pencapaian cemerlang dan luar biasa sepanjang kitaran 2021/2022 dalam kategori Anugerah Pencapaian Cemerlang antaranya  Heraeus Materials (M) Sdn Bhd, Petronas Dagangan Berhad and Hengyuan Refining Company Berhad.

Bagi kategori Anugerah Projek Khas, pemenangnya ialah Top Glove Sdn Bhd (Kilang 30) selaku pemenang emas diikuti Petronas Gas Berhad Regasification Terminal Sg. Udang (perak) dan  Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd (gangsa)  yang mengetengahkan projek alam sekitar terbaik masing-masing. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan