web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Singapura Mengamuk Ditegur Isi Minyak Dalam Tong, ‘Lebih Baik Kau Padam’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 4:50PM

Rakaman video berdurasi 1 minit 41 saat itu juga menunjukkan dua anggota polis bantuan berkenaan cuba menenangkan keadaan. - Gambar tangkap layar Twitter @redzuanNewsMBP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Sudahlah masuk ke negara orang, mahu tunjuk samseng pula’.

Itu mungkin gambaran sesuai untuk tindakan dua lelaki dipercayai warga Singapura yang berang ditegur penduduk tempatan, selepas didakwa cuba mengisi minyak menggunakan tong di sebuah stesen di Iskandar Puteri, Johor.

Lebih melampau, mereka dilihat memberi amaran termasuk dengan mengeluarkan kata-kata ‘you better delete ah’ (lebih baik kau padam), dipercayai  merujuk kepada video sedang dirakam individu terbabit yang tular di media sosial hari ini.

Mereka juga cuba menghampiri dan ‘menyerang’ lelaki terbabit yang juga penghantar makanan itu, tetapi dihalang dua anggota polis bantuan di tempat kejadian.

Rakaman video berdurasi 1 minit 41 saat itu juga menunjukkan dua anggota polis bantuan berkenaan cuba menenangkan keadaan.

Ketika ‘pertengkaran mulut’ itu, kelihatan seorang daripada lelaki terbabit bertindak membuka belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya, sebelum mengeluarkan peralatan disyaki pengunci stereng, dipercayai sebagai cubaan provokasi kepada rider berkenaan.

Lelaki tempatan terbabit kemudian meminta polis mengambil tindakan terhadap mereka atas sikap biadap ditunjukkan, selain mendakwa individu berkenaan cuba mengugutnya.

“Anda tengok betapa kurang ajarnya dia. Dia lagi nak gaduh dengan aku, dia kata tunggu dekat luar, apa ini, aku report (lapor) kau,” kata lelaki tempatan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu yang dibuat seorang penghantar makanan.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku pada 16 Jun lalu sekitar jam 8.37 malam di Stesen Minyak Caltex Sunway Box, Iskandar Puteri.

Beliau berkata, video memaparkan pertengkaran sekumpulan individu itu kemudian dikesan tular hari ini pada kira-kira 8.20 pagi, selepas dimuat naik di Twitter MYNEWSHUB.

“Pengadu yang bekerja sebagai penghantar makanan mendakwa semasa hendak mengisi minyak di stesen minyak Caltex Sunway Box, Iskandar Puteri, sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dinaiki dua lelaki dipercayai warga asing, berhenti untuk mengisi minyak di pam sama.

“Pengadu ke pam untuk mengisi minyak tetapi melihat warga asing terbabit memegang tong di pam sama.

“Berlaku selisih faham di antara kedua-dua pihak, namun pertengkaran terbabit berjaya dileraikan polis bantuan Sunway yang turut berada di situ,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Anggota Trafik Peras Ugut Warga Singapura: Polis Mohon Bantuan Pejabat Konsulat

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Mana Pampasan Kami? Penumpang Perjalanan Guangzhou-KL Berang Sikap Berdiam Diri AirAsia

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pendaki Warga Singapura Ditemukan Selamat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Failkan Cerai, Suami Ugut Bunuh Isteri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan