web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Rohana Jalil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 1:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas penyanyi terkenal tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Sedih mendengar berita kehilangan penyanyi terkenal tanah air, Rohana Jalil. Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Rohana, 68, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dua bulan lepas akibat kebocoran usus, menghembuskan nafas terakhir pada 11.33 malam tadi.

Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil terkenal dengan lagu Rayuanku dan Jangan Main Mata dan Naluri Cinta, dilahirkan pada 18 Februari 1955 di Kota Tinggi, Johor dan mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada 1980.

Sepanjang pembabitannya dalam bidang nyanyian tanahair, Allahyarham telah merakamkan lebih 20 album. 

Jenazah Allahyarham dilaporkan akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur, hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad