web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya Bekalan Air Untuk Pengairan Terlibat Catuan - JPS Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 7:23AM

JPS negeri Perak memaklumkan setakat ini bekalan domestik masih tidak terlibat dengan catuan tersebut. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Hanya bekalan air untuk pengairan sahaja yang terlibat dengan catuan susulan paras air Empangan Bukit Merah berada pada paras kritikal sejak beberapa hari lalu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan setakat ini bekalan domestik masih tidak terlibat dengan catuan tersebut.

“Catuan dibuat berdasarkan paras empangan dan ia adalah mengikut prosedur operasi standard Empangan Bukit Merah dan dibuat bagi kawasan yang masih menerima bekalan,” menurut JPS.

Menurut JPS kawasan pengairan yang terlibat dengan catuan itu ialah kompatmen E (Alor Pongsu) dan kompatmen F (Bagan Serai) yang disalurkan melalui Terusan Besar. 

Selain itu kompatmen G (Selinsing ) dan kompatmen H (Gunung Semanggol) yang disalurkan bekalan melalui Terusan Selinsing juga turut terlibat catuan.

Sementara itu JPS turut memaklumkan air empangan disalurkan ke daerah Kerian dan sebahagian selatan Pulau Pinang (Sg Acheh) bagi mengairi kawasan pengairan melibatkan lapan kompatmen yang berkeluasan 20 ribu hektar. 

“Setakat ini tiga kompatmen telah selesai menerima bekalan air (tutup bekalan) dan selebihnya sedang menerima bekalan air.

“Penyaluran air empangan ini juga disalurkan bagi bekalan air domestik yang diambil oleh Lembaga Air Perak (LAP) di tiga muka sauk iaitu di Loji Gunung Semanggol, Loji Sg Rawa Bagan Serai dan Loji Jalan Baru,” menurut kenyataan itu.

Semua bekalan pengairan dan bekalan air domestik ini disalurkan melalui dua terusan utama iaitu Terusan Besar dan Terusan Selinsing. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad