web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertukaran Budaya Medium Penting Perkukuh Hubungan Malaysia, Indonesia - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 7:06AM

Fahmi (tiga dari kanan) ketika merasmikan Program Hubungan Budaya Malaysia-Indonesia 2023 di Panggung Eksperimen UM semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertukaran budaya adalah medium penting bagi memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Indonesia, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. 

Beliau berkata pertukaran budaya mampu menjadi jambatan antara identiti bangsa kedua-dua negara serumpun itu meskipun budaya semakin ditenggelami oleh kehidupan moden masyarakat kini.

“Bila kita hidup di kawasan bandar, begitu mudah kita terpisah dengan identiti kita. Terbawa-bawa dengan budaya dunia moden sehingga kita lupa budaya adat resam.

“Usaha Universiti Malaya (UM) dan Universitas Negeri Padang untuk merealisasikan program malam ini mesti kita puji. Ini menjadi jambatan dalam perjuangan jati diri bangsa dan mempromosikan budaya sebagai medium memperkuat hubungan antara dua negara kita,” katanya ketika merasmikan Program Hubungan Budaya Malaysia-Indonesia 2023 di Panggung Eksperimen UM semalam.

Program anjuran Fakulti Seni Kreatif UM dan Universitas Negeri Padang, Indonesia dengan kerjasama Persatuan Warga Tigo Luhah Tanjung Tanah Malaysia itu bertujuan mendedahkan kepada umum warisan budaya masyarakat Malaysia dan diaspora Indonesia, khususnya suku Kerinci.

Fahmi turut merasmikan Persatuan dan Kumpulan Kesenian Diaspora Kampung Kerinchi sebagai perlambangan asimilasi budaya yang diwarisi oleh masyarakat diaspora hasil hubungan budaya rakyat kedua-dua negara jiran itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad