web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kursus Praperkahwinan LPPKN Tidak Diwajibkan Kepada Pasangan Yang Mahu Berkahwin - Nancy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 7:10AM

Nancy Shukri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan mewajibkan pasangan yang mahu berkahwin di negara ini untuk menghadiri kursus praperkahwinan yang dikendalikan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara (LPPKN). 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kursus itu diadakan secara sukarela kepada pasangan pelbagai bangsa, justeru terpulang kepada mereka sama ada untuk menghadiri atau sebaliknya.

“Ia adalah program yang baik, bukan hanya untuk satu kaum atau agama tertentu tetapi ia untuk semua. Ia akan membimbing anda mengenai perkahwinan, keluarga dan pengurusan kewangan.

“Sebenarnya ia (kursus) itu telah lama dijalankan dan sambutan sentiasa baik tetapi kami tidak terfikir untuk menjadikannya mandatori tetapi menggalakkan mereka (pasangan untuk menghadirinya),” kata Nancy.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk menjadikan kursus praperkahwinan sebagai mandatori untuk pasangan yang mahu berkahwin.

Nancy ditemui media selepas merasmikan bengkel mengenai kepimpinan wanita anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di sini semalam.

Ditanya sama ada usaha itu (mewajibkan kursus) sebagai penyelesaian terbaik untuk membendung peningkatan kadar perceraian dalam kalangan pasangan Malaysia, Nancy berkata: “Saya tidak fikir formula itu berkesan.

“Walaupun anda mewajibkan tetapi jika mereka mahu bercerai, anda tidak dapat mengawalnya kerana sepanjang perkahwinan banyak perkara mungkin berlaku, jadi ia sangat subjektif,” katanya.

Berhubung program itu pula, Nancy berharap agar wanita yang terpilih sebagai calon pada enam Pilihan Raya Negeri kelak, dapat menampilkan strategi kempen yang berbeza bagi memastikan mereka berupaya memenangi lebih banyak kerusi.

“Kalau kita hendak lihat ramai wanita menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, kita kena ada sistem (strategi) yang kuat. Fahami senario pengundi dan santuni mereka.

Jangan sibuk mengutuk sesama sendiri (wanita) dengan kelemahan masing-masing, tetapi cubalah tawarkan apa yang terbaik untuk masa depan pengundi. Ini peluang terbaik untuk membuktikan bahawa rakyat boleh bergantung harap kepada pemimpin wanita,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan